Go HoME

Sunday 29 November 2009

BAB 2

DASAR LUAR INDONESIA ERA SUHARTO 1967-1998

2.1 Pengenalan

Indonesia merupakan sebuah Negara Republik yang terletak di benua Asia Tenggara. Secara geografinya, Indonesia berhampiran bersama-sama dengan Negara seperti Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain. Selain daripada itu, Indonesia turut merupakan di antara Negara pengasas kepada penubuhan ASEAN[1] yang kini mempunyai keahlian berjumlah 10 buah Negara yang terdiri daripada Indonesia, Brunei Darussalam, Malaysia, Kambodia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menurut kajian sejarah, kepulauan Indonesia terdedah kepada kolonialisasi Barat pada abad ke-16 iaitu sejak kedatangan pelayar Portugis yang mempunyai matlamat untuk memonopoli perdagangan rempah ratus serta menyebarkan ajaran agama Kristian. Akan tetapi, kedatangan Belanda pada awal pertengahan abad ke-17 dilihat telah mengambil alih kuasa Portugis di Kepulauan Indonesia. Pemerintahan Kolonialisasi Belanda pada abad ke-19 dilihat telah membawa kepada modenisasi Indonesia kecuali bahagian “East Timor” atau Timor-Timur yang masih lagi berada dalam cengkaman pengaruh Portugis. Indonesia telah menuntut kemerdekaanya daripada kolonial Belanda pada 17 Ogos 1945 melalui kekerasan dan pertumpahan darah.

Pada bulan disember 1945, RUSI atau “Republic of the United State of Indonesia telah ditubuhkan dengan perlantikan Sukarno sebagai Presiden. Seterusnya, Sukarno memerintah Indonesia di bawah paksi ideologi Komunisme dan anti kepada Barat. Ringkasnya, sejak berlakunya “Coup d’etat” [2] pada September 1965 oleh tentera, Sukarno telah digulingkan daripada tampuk pemerintahan dan digantikan oleh Jeneral Suharto yang telah mewujudkan “Order Baru” [3]dalam mengantikan “Order Lama” Presiden Sukarno.

Di samping itu, penulisan ini merupakan analisis dasar luar Indonesia semasa pemerintahan Suharto. Selain menyentuh mengenai dasar-dasar penting yang pernah dilaksanakan oleh Suharto semasa era pemerintahanya selama 32 tahun di Indonesia terutamanya mengenai Order Baru, analisis ini turut menghuraikan faktor-faktor dan variabel-variabel yang telah mempengaruhi dasar luar yang telah Suharto laksanakan di Indonesia.

Seperti yang diketahui, dasar luar sesebuah Negara dipengaruhi oleh pelbagai aspek yang telah membentuknya seperti faktor ideosinkratik, domestik, antarabangsa dan lain-lain. Akan tetapi, analisis dasar luar mengenai Negara sedang membangun seperti Indonesia ini berbeza dengan analisis dasar luar Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah. Hal ini kerana, dasar luar Negara maju bersifat kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang tidak terdapat dalam kajian Negara sedang membangun. Namun, terdapat juga faktor yang boleh diguna dalam menganalisis dasar luar Indonesia. Analisis dasar luar merupakan sebuah analisis yang kompleks sifatnya dan penting untuk sesebuah Negara dalam membentuk acuan dasar luar yang rasional demi kelansungannya.

Sesebuah dasar luar akan mencerminkan tindakan dan reaksi sesebuah negara dalam arena antarabangsa. Deutch dalam karyanya “The Analysis of International Relations” mengatakan bahawa;

“…kalau tamadun manusia musnah dalam tempoh tiga puluh tahun akan datang, ia bukannya di sebabkan oleh kebuluran atau bencana tetapi oleh dasar luar dan hubungan antarabangsa…” [4].

Petikan penulisan Deutch ini membuktikan bertapa pentingnya dasar luar dalam kajian hubungan antarabangsa. Justeru, perihal ini menjadi nadi dalam penulisan dasar luar Indoneisa era Suharto yang dilihat penting dalam kajian analisis dasar luar.

Pasca Perang Dunia kedua merupakan tahun-tahun yang kritikal bagi Negara-negara di rantau Asia Tenggara dimana pergolakkan daripada kesan kolonialisasi penjajah dilihat masih lagi di tahap kritikal. Akibat daripada kesan dan impak pemerintahan kolonialisasi masa lampau telah mencorak hala tuju negara-negara Asia Tenggara sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Dalam hal ini, negara Indonesia telah mengalami pelbagai senario yang telah mewarnai politik, ekonomi mahupun sosio-budaya negara tersebut. Dalam kajian ini, fokus adalah terhadap dasar luar Suharto sejak memegang tampuk pemerintahan negara Indonesia pada 12 Mac 1967 - 21 Mei 1998. Dasar Suharto dapat dilihat dalam petikan kata-kata beliau iaitu;

“The Democracy that we practice is Pancasila. Briefly its major characteristics are its rejection of poverty, backwardness, conflicts, exploitation, capitalism, feudalism, dictatorship, colonialism and imperialism. This is policy I have chosen with confidence.” [5]

Justeru, Pancasila[6] disini dikatakan sebagai dasar Indonesia yang merdeka yang turut mencerminkan sifat bangsa Indonesia keseluruhanya. Hal ini bermaksud, setiap individu iaitu bangsa Indonesia di dalam kehidupan mermasyarakat dan bernegara seharusnya mendasarkan pada Pancasila secara utuh. Pancasila dikatakan akan menjadi falsafah bangsa kerana definisi falsafah bangsa adalah merupakan keyakinan bangsa yang menjadi asas kepada keyakinan di dalam kehidupan bangsa Indonesia. Indonesia di dalam membangun kehidupan berbangsa dan bernegara dengan mendekatkan kebenaran relatif terhadap kebenaran yang mutlak. Kebenaran relatif ini adalah suatu kebenaran yang berasal dari proses ikhtiar atas pekerjaan yang dikerjakan. Sedangkan, kebenaran hakiki adalah kebenaran yang telah ditetapkan dan berasal dari Allah SWT.[7]

Oleh karena itu, setiap individu bangsa Indonesia haruslah memiliki sikap keberpihakkan kepada lima prinsip Pancasila seperti, Tuhan Yang Maha Esa, Manusia yang adil dan beradab, Usaha untuk menjaga Persatuan Indonesia, Rakyat yang dipimpin oleh hikmat “orang-orang yang selalu menambah ilmu pengetahuannya” dalam kebijaksanaan Permusyawaratan atau Perwakilan “Lembaga Bangsa atau Lembaga Negara” sehingga dan Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia akan dapat tercapai.[8]

Pelbagai dasar penting telah direncanakan oleh Presiden Suharto semasa pemerintahannya, sejak 1966 lagi iaitu peristiwa rampasan kuasa daripada Presiden Sukarno melalui “Supersemar”[9] atau surat perintah 11 Mac mencerminkan kebangkitan Suharto dalam arena politik Indonesia. Melaui Supersemar tersebut bermakna bermulanya perjuangan “Order Baru”.[10] Justeru, Order Baru ini telah memperlihatkan dasar-dasar yang akan menjadi landasan terhadap hala tuju Indonesia dan sebagai badai revolusi terhadap Order Lama Sukarno. Permulaan Order Baru ini dilihat permulaan kepada dasar luar yang bersifat harmoni terutamanya dalam hubungan Jakarta–Kuala Lumpur yang menjanjikan kerjasama serantau. Perihal ini membuktikan bahawa segala dasar luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia selama 32 tahun tersebut bukanlah satu peristiwa atau agenda yang mudah untuk dilupakan malah turut memberi impak terhadap politik antarabangsa Indonesia hinggalah ke hari ini. Walaupun kita mengetahui bahawa peredaran zaman dan masa telah memperlihatkan perubahan acuan kepimpinan politik Indonesia dan perubahan pemimpin yang saling bertukar ganti di Negara Indonesia, namun kesan daripada ketokohan Suharto masih lagi menjadi agenda utama dalam politik Indonesia.

2.2 Keperibadian Suharto

Jeneral Suharto merupakan Presiden kedua Negara Indonesia yang telah mengantikan presiden Sukarno telah memperlihatkan perbezaan yang jelas daripada pelbagai aspek khususnya mengenai dasar luar yang ternyata mempunyai perbezaan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan faktor utama yang perlu dilihat adalah mengenai latar belakang tokoh yang turut dipercayai sebagai punca atau faktor yang membentuk keperibadian seseorang tokoh itu dan melalui keperibadian seseoranglah yang akan membentuk sifat kepimpinan dalam dirinya.

Justeru, sebelum melihat kepada dasar-dasar yang dijalankan oleh Suharto ini adalah menjadi satu kewajaran untuk penulis meneliti mengenai latar belakang Suharto. Selain itu, beliau turut terkenal dengan beberapa pangilan lain seperti “The Smiling General” dan Bapak Pembangunan[11] Indonesia. Beliau telah mengunakan nama Haji Mohammed Suharto apabila selesai menunaikan ibadah Haji di Mekah pada tahun 1991.[12] Suharto yang dilahirkan pada 8 Jun 1921 ini merupakan anak jati kampung Kemusuk Argamuja iaitu sebuah perkampungan yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Beliau telah mendirikan rumahtangga[13] dengan Siti Hartinah atau “Ibu Tien” yang merupakan anak kepada seorang bangsawan di rumah diRaja Mangkunegaran, Solo. Beliau dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu Siti Hardijanti Rukmana atau Tutut, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Titiek, Hutomo Mandala Putra atau Tommy, dan Mamiek.[14]

Sepanjang hidup, Beliau telah mendapat pendidikan yang baik walaupun ibu bapanya yang merupakan pegawai desa rendahan ini telah bercerai ketika beliau dilahirkan.[15] Suharto mempunyai kaitan kekeluargaan dengan golongan bangsawan pada ketika itu yang banyak membantu beliau dalam mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, ketika usia masih muda beliau pernah bekerja di kampungnya sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tentera Kerajaan Hindia-Belanda “KNIL” [16] pada tahun 1940. Kemudian pada tahun 1941, beliau telah menerima tawaran untuk menjalankan latihan sebagai Sarjan di Sekolah Tentera di Gombong, Jawa Tengah. Pada 9 Mac 1942 pula iaitu seminggu selepas latihan bermula, Tentera Jepun telah berjaya menduduki Indonesia dan menyebabkan Belanda terpaksa menyerah kalah kepada kekuasaan tentera Jepun. Pada ketika inilah beliau mula berkerja sebagai polis tentera dan pada tahun 1943, beliau telah menjadi Komander dalam PETA atau Pembela Tanah Air “Defenders of the Fatherland” di bawah ketenteraan Jepun.

Pada 14 Ogos 1945 iaitu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Suharto secara rasminya menganggotai askar Indonesia pada 5 Oktober 1945. Beliau telah berjuang dalam menentang Kerajaan Belanda dengan menyertai perang menuntut kemerdekaan Indonesia. Selepas pengisytiharan kemerdekaan oleh Presiden Sukarno pada 1945, pasukan Suharto bertempur dengan Belanda yang ingin mengembalikan pemerintahan penjajahan. Beliau dikenali secara meluas dengan serangan yang berjaya menguasai Yogyakarta hanya dalam tempoh enam jam sahaja pada 1 Mac 1949.[17]

Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, Suharto telah berkhidmat dalam ketenteraan yang berkhidmat di kepulauan Sulawesi sebelum kembali ke Jawa Tengah iaitu di pejabat tentera di Bahagian Diponegoro. Pada tahun 1959, Suharto terlibat dalam sindiket penyeludupan terutamanya barangan keperluan seperti gula dan beberapa kes amalan rasuah. Justeru, kes-kes yang melibatkan beliau ini hampir dibawa ke pengadilan tentera.[18] Namun demikian, atas saranan Jeneral Gatot Subroto pada ketika itu, Suharto telah dibebaskan dan dipindahkan ke Kampus Komando Angkatan Darat atau SESKOAD di Bandung, Jawa Barat.[19] Pada tahun 1962, Suharto telah menjadi Mejar Jeneral dan memimpin satu Komando Mandala yang ditugaskan untuk membebaskan Wilayah Irian Barat.

Presiden Sukarno yang merupakan pemimpin Indonesia telah memulakan Konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963 kerana Sukarno pada ketika itu tidak menyokong terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.[20] Selama konfrontasi Indonesia-Malaysia berlangsung, Suharto telah ditugaskan sebagai Komandan Kostrad[21] yang berpejabat di Jakarta. Angkatan Bersenjata Republik Indonesia “ABRI”, khususnya Angkatan Darat, telah mengalami konflik dalaman akibat daripada perasaan syak bahawa percubaan komunis untuk mengambil alih Indonesia dan kebangkitannya melalui PKI dan bantuan golongan Cina. Maka, konflik tersebut telah mengakibatkan perpecahan tentera Indonesia sehinggakan terbahagi menjadi dua puak, iaitu satu sayap kiri dan satu lagi sayap kanan. Pihak sayap kiri telah menyokong Sukarno dan PKI manakala Suharto ini telah menyertai sayap kanan dan menjadi ketua tentera sayap kanan tersebut.[22]

Kemudian pada 11 Mac, Sukarno telah memindahkan kuasa atau autoriti kepada Suharto melalui surat perintah sebelas Mac “Supersemar” yang telah menjadi pertikaian hebat kepada ramai rakyat Indonesia. Suharto telah dilantik sebagai Presiden sementara dan kemudiannya dilantik sebagai Presiden pada 21 Mac 1966 oleh Parlimen Rakyat Sementara iaitu Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara atau “MPRS”.[23] Pada 12 Mac 1967, Parlimen telah melantik Suharto sebagai Presiden Indonesia manakala, Sukarno pula telah di jatuhkan hukuman tahanan rumah sehingga beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1970.

Indonesia semasa pemerintahan Suharto telah mula menjalankan hubungan yang akrab dengan Malaysia. Indonesia menyertai Malaysia, Thailand, Filipina, dan Singapura dalam membentuk rantau baru “New Regional” iaitu “Association of Southeast Asian Nations” atau ASEAN.[24] Namun demikian, kepimpinan Suharto telah membawa kepada hubungan yang tegang antara Indonesia dan China. Hal ini kerana, Suharto telah memutuskan hubungan dengan China dan seterusnya telah mengharamkan keseluruhan surat khabar tulisan Cina.

Pada Ogos 1967, Suharto telah meletakkan seluruh divisyen tentera dibawah penguasaannya. Pada 21 Mac 1968, Suharto secara formal telah dilantik melalui Pilihanraya sebagai Presiden untuk penggal selama lima tahun seterusnya iaitu pada tahun 1973, 1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998.[25] Suharto merupakan Presiden Indonesia yang paling lama memerintah iaitu selama 32 tahun iaitu bermula pada tahun 1966 hinggalah 1998 dan beliau pernah dilantik sebanyak enam kali lagi oleh Parlimen Rakyat “MPR” sebagai Presiden indonesia dari 1973 hingga 1998. Tempoh penggal akhirnya berakhir sewaktu beliau menarik diri pada 21 Mei 1998 iaitu selepas berlakunya Rusuhan Mei 1998 di Indonesia.

Presiden Suharto meninggal dunia pada 21 Jan 2008 di Hostipat Petamina di Jakarta Selatan.[26] Dalam hal ini, walaupun terdapat pihak yang dilihat tidak menyokong kepimpinan Suharto dan terdapat juga yang masih mengenang jasa Suharto yang menjadi nadi dalam pembangunan Indonesia semasa eranya.

Beliau dilihat seorang yang tegas kerana latar belakang beliau berasaskan ketenteraan dan sepanjang hidup beliau dilihat menjadi nadi kepada angkatan tentera Indonesia. Beliau turut dilihat sebagai pejuang bangsa sejak daripada usaha Indonesia ke arah kekerdekaan dan seterusnya bapa kepada pembangunan kerana telah berusaha dalam mempertingkatkan pembangunan seluruh wilayah di Indonesia. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat tindakan yang kurang positif yang dilaksanakan selama beliau berkhidmat dalam tentera seperti amalan rasuah yang melibatkan beliau dilihat sedikit sebanyak telah menconteng arang pada nama beliau sendiri.

2.3 Kebangkitan Dan Keruntuhan Kepimpinan Suharto

Pada 1 Oktober 1965, berlaku kejadian yang telah menjadi sejarah penting di Indonesia. Kebangkitan Suharto dalam arena politik Indonesia dilihat mempunyai pelbagai rentetan dan analisis yang begitu kompleks sifatnya. Sejarah yang ditulis dilihat berbeza-beza mengikut fahaman penulis iaitu ada yang cenderung dalam menulis mengenai Suharto dan ada yang menulis mengenai perihal negatif Suharto. Dalam hal ini, rentetan sejarah Indonesia mengatakan bahawa pada 1965, beberapa pemimpin atau golongan tentera Indonesia telah di bunuh dan hal ini menjadi peristiwa penting dalam kebangkitan Suharto. Beberapa pasukan pengawal Tjakrabirawa di bawah Leftenan kolonel Untung bersama dengan pasukan yang lain telah melakukan penculikan dan pembunuhan terhadap enam orang Jeneral tentera.[27]

Peristiwa itu telah menyaksikan hanya Jeneral A.H. Nasution yang merupakan Menteri Penyelaras kementerian Pertahanan “HANKAM” serta ketua staf angkatan bersenjata dapat melepaskan diri.[28] Kesangsian timbul apabila Suharto tidak terlibat dalam G-30S/PKI atau Gerakan Tiga Puluh September /gestapu[29] tersebut. Beberapa sumber mengatakan bahawa pasukan-pasukan Tjakrabirawa cuma hendak menghentikan kudeta yang bertujuan untuk menggulingkan Presiden Sukarno pada Hari ABRI, 5 Oktober 1965.

Kudeta tersebut dikatakan dilaksanakan dengan sokongan CIA oleh badan tentera yang lebih dikenali sebagai "Dewan Jeneral". Menurut versi rasmi pada masa Ketertiban BaruOrde Baru”, peristiwa itu merupakan tindakbalas oleh Suharto untuk keamanan Jakarta agar dapat dipeliharakan, terutamanya selepas mendapat khabar kematian Leftenan Jeneral Ahmad Yani, Major Jeneral Supratopo, Major Jeneral S. Parman, Major Jeneral Haryono MT. Briged Jeneral Sutoyo, dan Briged Jeneral Panjaitan.[30]

Selepas berlakunya kudeta hasil daripada usaha ABRI, Suharto dilihat semakin meluaskan kuasanya kerana beliau merupakan seseorang yang layak menjadi Presiden dalam mengantikan teraju kepimpinan Presiden Sukarno. Dalam hal ini, Surat Perintah 11 Mac daripada Presiden Sukarno yang memberikan kuasa dan mandat kepada Suharto untuk mengambil segala tindakan untuk memulihkan keamanan dan ketertiban. Suharto mengambil langkah-langkah pembubaran Parti Komunis Indonesia dengan segera, serta penangkapan sebilangan menteri yang diduga terlibat dalam GESTAPU.[31]

Surat Perintah Sebelas Mac atau “Supersemar” yang merupakan surat perintah yang menimbulkan kontroversi dalam politik Indonesia. Selepas Suharto menjadi Presiden beliau telah memperlihatkan penggunaan kuasa melalui sokongan tentera untuk menyingkirkan ABRI yang pro-Sukarno dan pro-Komunis, khususnya Angkatan Udara Republik Indonesia dan Panglima Angkatan Udaranya, Laksamana Udara Omar Dhani. Akhirnya Sukarno terpaksa menyerahkan kuasanya. Tindakan pembersihan unsur-unsur komunisme telah membawa tindakan penghukuman mati terhadap anggota Parti Komunis di Indonesia dan menyebabkan pembunuhan sistematik sekitar lebih 500 ribu tersangka komunis, kebanyakannya orang awam dan orang Cina Indonesia yang merupakan kaum minoriti. Suharto dikatakan menerima sokongan CIA dalam penumpasan komunis tersebut. 25 tahun kemudian, diplomat Amerika Syarikat mendedahkan bahawa mereka telah menulis daftar komunis Indonesia dan menyerahkan sebanyak 5,000 nama kepada tentera Indonesia.[32]

Di antara dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Suharto adalah mengakhirkan konfrontasi dengan Malaysia yang dimulakan oleh Sukarno. Dasar ini adalah kerana beliau ingin menjalinkan persahabatan dengan negara rantau Asia Pasifik dan menerima pembentukan Malaysia. Dasar ini jauh berbeza semasa pemerintahan Sukarno yang dilihat menentang terhadap pembentukan Malaysia. Konfrontasi yang dilaksanakan oleh Sukarno pada 1963-1966 dilihat telah memutuskan hubungan yang wujud. Beliau menyatakan Indonesia tidak begitu gembira dengan penubuhan Malaysia kerana menyangka Malaysia akan terlibat dalam pakatan “Southeast Asian Treaty Organization” atau SEATO dan banyak lagi faktor yang lain.[33] Di analisiskan bahawa;

“Ideology conflict between capitalist/democracy and communist-sicialist ideology (international ideological conflict) was the impirtant factor in the Malaysia-Indonesia confrontation. The Communist Party of Indonesia (PKI) was the largest community party outside the communist bloc...” .[34]

Perihal ini mencerminkan ketegangan Malaysia dan Indonesia era Sukarno berlandaskan perbezaan ideologi kesan daripada sistem antarabangsa. Dasar yang dilaksanakan oleh Suharto dalam menjaga hubungan serantau melalui penamatan konfrontasi dengan Malaysia dan dalam merangka Order Baru dilihat penting. Keputusan ini dibuat sebaik sahaja beliau mula menerajui kepimpinan Indonesia. Keputusan ideosinkratik dilihat penting dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia pada era Suharto. Dasar luar yang dilaksanakan oleh Presiden Suharto mencerminkan perbezaan yang jelas dengan Presiden sebelumnya. Dalam hal ini;

“The elite perceptions and idiosyncratic influenced their foreign policy decisions and their position in a bipolar world. Idiosyncratic factors, i.e. presiden Sukarno and Presiden Suharto played important roles in contributing to the change of foreign policy in Indonesia before and after 1965”...[35]

Pada 12 Mac 1967, Suharto dilantik menjadi Presiden sementara Indonesia oleh Majlis Perwakilan Rakyat Sementara. Pada 21 Mac, beliau dipilih sebagai Presiden secara rasmi untuk tempoh lima tahun. Suharto, secara langsung, memperolehi undi Majelis Perwakilan Rakyat sebanyak 20%.[36] Beliau kemudian mendirikan apa yang dikenali sebagai Ketertiban Baru atau Order Baru. Di bawah Suharto juga, Indonesia juga menjadi salah sebuah negara pengasas ASEAN bersama-sama dengan Malaysia dan Singapura. Kebangkitan Suharto ini meyaksikan perubahan yang drastik dalam pemerintahan Indonesia dan hal ini menjadikan kerjasama serantau dilihat semakin berkembang dengan baik. ASEAN dilihat sebagai medium dalam perbincangan mengenai permasalahan negara yang melibatkan negara anggota.[37]

Selain daripada dasar yang bersifat serantau yang memperlihatkan penubuhan ASEAN, terdapat beberapa tindakan atau dasar Suharto dalam era awal pemerintahannya seperti membersihkan parlimen daripada komunis, menyingkirkan kesatuan sekerja, dan meningkatkan birokrasi. Selain daripada itu, Beliau juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat Cina dan menjalin hubungan dengan negara-negara Barat dan PBB.[38] Selama era pemerintahan Suharto, ancaman asing yang dianalisiskan berasal daripada negara Timur dan komunis dan fokus diberikan kepada ancaman daripada Republik Rakyat China (RRC). Dalam hal ini, RRC dilihat telah bersekongkol dengan masyarakat di Indonesia terutamanya Cina dalam kudeta 1965. Justeru, kerajaan melihat bahawa Cina perantauan di Indonesia mempunyai simpati terhadap Komunisme dan membiarkan mereka di manfaatkan sebagai alat Beijing.[39]

Suharto menjadi penentu dalam semua keputusan Politik. Dasar dalam menjalinkan hubungan dengan Barat adalah terma utama dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan Indonesia kerana Indonesia memerlukan bantuan dan sumbangan serta pelaburan daripada Barat terutamanya Amerika Syarikat dalam sektor pembangunan semula di Indonesia. Keputusan Suharto dilihat sering menitikberatkan pembangunan ketenteraan dan berpihak kepada ABRI. Dalam hal ini kerana ABRI dilihat sebagai sekutu rapat Presiden Suharto yang dilihat banyak membantunya dalam penyingkiran Presiden Sukarno serta pengusiran anasir komunis di Indonesia.

Presiden Suharto juga telah meningkatkan peruntukan dalam bidang ketenteraan dan mendirikan dua badan perisikan, iaitu Komando Pemulihan Keamanan dan Ketertiban atau KOPKAMTIB dan Badan Penyelerasan Perisikan Nasional atau Badan Koordinasi Intelijen Nasional Bakin.[40] Sekitar dua juta orang dihukum mati dalam pembersihan massa dan melebihi 200,000 ditangkap hanya kerana dicurigai terlibat dalam kudeta. Banyak rakyat yang tersangka komunis, yang disebut sebagai musuh negara dan sebanyak 5,000 dihukum mati meskipun beberapa hukuman ditangguh sehingga tahun 1990. Dalam hal ini, di andaikan bahawa daftar komunis telah diberikan oleh CIA kepada Suharto. Sebagai tambahan, CIA mengesan nama dalam daftar ini ketika rejim Suharto mulai mencari mereka. Sokongan Amerika Syarikat terhadap rejim Suharto tetap beterusan sehinggalah serangan Timor Timur, dan terus berlangsung sehingga akhir 1990-an.[41]

Setiap dasar yang telah dilaksanakan oleh Suharto dilihat cenderung kepada Barat yang mempertahankan demokrasi dan kapitalis, oleh sebab itu Indonesia pada zaman pemerintahan Suharto dilihat jelas mendapat sokongan Amerika Syarikat kerana beberapa aspek dan di antaranya adalah mengenai dasar Suharto seperti dasar terhadap penghapusan pengaruh komunis. Selain daripada itu juga Amerika Syarikat turut melihat Indonesia sebagai sebuah negara yang terpenting di rantau Asia Pasifik dan hal ini dilihat telah menjadikan Indonesia sebuah negara yang penting dalam dasar luar Amerika Syarikat. Negara Indonesia yang mempunyai keluasan dan kedudukan yang strategik amat sesuai untuk Amerika Syarikat dalam melebarkan pengaruh ketenteraannya di rantau tersebut.

Amerika Syarikat dilihat amat berminat dengan Indonesia kerana kekayaan hasil bumi seperti hutan dan sumber asli. Selain itu, Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi mencerminkan kuasa beli yang tinggi. Buruh yang murah dan keluasan Indonesia turut menjadi faktor terhadap pelabur-pelabur asing terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat. Kekayaan hasil bumi seperti petroleum dan hasil galian lain turut menarik perhatian kuasa luar khususnya Amerika Syarikat. Hal ini dibuktikan kerana Indonesia dilihat sebagai negara peneraju yang utama dalam bidang eksport sumber petroleum iaitu sebanyak 315 million USD pada 1958, 231 million USD pada 1961, 260 million pada 1961 dan 211 million USD pada 1962 yang menjadikan Indonesia negara yang terbesar mengeksport minyak petroleum di rantau Asia Pasifik.[42]

Suharto dalam pemerintahannya selama 32 tahun dilihat menghadapi kegagalan di akhir penggal kepimpinannya. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Suharto terutamanya mengenai Order Baru mula dipersoalkan. Kalahiran generasi baru yang dilihat telah membuka mata masyarakat terutamanya golongan terpelajar seperti mahasiswa dalam memperdebatkan masa depan Indonesia di bawah pimpinan Suharto telah membawa kepada keruntuhan kerajaan Order Baru. Seperti juga yang berlaku terhadap Sukarno, Suharto turut digulingkan oleh suara mahasiswa yang telah sepakat dalam melaksanakan demonstrasi jalanan yang menimbulkan suasana tegang di beberapa Wilayah di Indonesia.

Dapat di analisiskan bahawa, kepimpinan Suharto telah mula tidak stabil sejak berlakunya rusuhan Mei 1998. Perusahaan milik kaum Cina di tawan, dirompak, dimusnahkan, rumah mereka dibakar, golongan wanita dirogol dan di bunuh. Para penganalisis mengatakan bahawa peristiwa ini adalah di akibatkan oleh masalah krisis ekonomi dan menyebabkan rakyat di Indonesia menghadapi tekanan hidup dan kemiskinan. Oleh sebab itu, golongan minoriti Cina yang kaya dilihat sebagai simbol kepada kekayaan dan ekonomi dan menjadi mangsa kepada rusuhan.[43]

Terdapat juga pemerhati yang mengatakan bahawa terdapat motif politik dalam rusuhan tersebut. Selepas kejadian “ethnic-cleansing” versi Indonesia ini, masyarakat telah sedar bahawa terdapat kelemahan dalam pemerintahan Suharto. Oleh sebab itu, pada Mei 1998 berlaku rusuhan untuk menggulingkan Suharto. Akan tetapi, setelah jatuhnya rejim Orde Baru Presiden Suharto pada Mei 1998, hal ini telah menimbulkan persoalan di mana atau ke mana gerakkan reformasi Indonesia kini mengarah?.[44] Apakah hal ini merupakan transisi menuju demokrasi sebagaimana semula tuntutan gerakan reformasi yang dipelopori para mahasiswa?. Hal ini dapat di analisa melalui kejatuhan Suharto dan kegagalan Orde Baru yang ternyata menjadi tentangan pelbagai pihak yang dilihat telah menindas rakyat semasa era pemerintahan Suharto.

Pada 21 Mei 1998, setelah tekanan politik besar dan beberapa tunjuk perasaan, para pendukung revolusi mendapat apa yang mereka ingini, Suharto mengumumkan kemundurannya di dalam kaca televisyen Indonesia. Meskipun Suharto menyatakan bahawa beliau tidak ingin dicalonkan kembali sebagai Presiden untuk tempoh 1998-2003, terutama semasa majlis Golongan Karya, Suharto tetap memastikan bahawa beliau dipilih kembali oleh parlimen buat kali ketujuh pada Mac 1998. Setelah beberapa tunjuk perasaan, rusuhan, tekanan politik dan tentera, Presiden Suharto akur dan mengundurkan diri pada 21 Mei 1998 untuk mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan di Indonesia. Pemerintahannya dilanjutkan oleh Naib Presiden Republik Indonesia, B.J. Habibie.

Dalam pemerintahannya yang berlangsung selama 32 tahunnya, telah terjadi penyalahgunaan kuasa, termasuk rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia. Hal-hal itu merupakan salah satu faktor yang mengakhirkan era Suharto. Selain itu, menurut Forrester dalam Diary Forrester tanggal 17 Mei mencatatkan;

“...Oposisi terkuat terhadap Soeharto tidak akan muncul dari pemerintah atau elit oposisi, tetapi berasal dari generasi politik yang baru, yang tidak di kenal di ibu kota dan di berbagai kota lainnya di Jawa. Sebahagian besar mereka tidak terkoordinasi, tetapi bertambahnya jumlah massa yang dapat mereka mobilisasi merupakan ancaman serius bagi Soeharto. Mereka memelihara dan membakar ketidakpuashatian mahasiswa sejak dimulainya aksi kecil pada bulan Februari sampai menjadi gerakan nasional yang mampu menggoyang pondasi Orde Baru...” [45]

2.4 Dasar Luar Indonesia Era Suharto, 1967-1998

Selama 32 tahun Suharto menerajui kepimpinan negara Indonesia dan merupakan Presiden Indonesia yang paling lama berkhidmat di Indonesia telah memperlihatkan pelbagai senario politik, ekonomi, dan sosio-budaya dalam dasar-dasar yang telah beliau laksanakan. Pelbagai peristiwa telah menjadi agenda dalam politik domestik dan antarabangsa negara Indonesia dan seterusnya telah menjadi acuan dalam menentukan hala tuju survival atau kelangsungan negara tersebut. Terdapat pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh Suharto semasa menjadi pemimpin Indonesia pada 12 Mac 1967 – 21 Mei 1998 dan hal ini adalah kesan dan impak daripada pelbagai faktor yang telah mempengaruhi dasar luar beliau. Dalam mengkaji dasar luar Suharto, beberapa teori dalam Foreign Policy Analysis telah menjadi panduan seperti “Pre-Theories”[46]yang telah dikemukakan oleh Rosenau.

Pelbagai perubahan yang besar telah berlaku sejak awal tahun 1990an yang telah merubah struktur antarabangsa yang terbentuk sejak berakhirnya Perang Dunia kedua. Berkaitan dengan fenomena ini, agenda-agenda serta isu-isu yang sekarang mendominasi politik antarabangsa juga telah mengalami banyak perubahan. Perubahan dalam sistem antarabangsa telah mendorong terjadinya tranformasi yang telah menyentuh hampir keseluruhan bidang kehidupan masyarakat dunia secara sejagat dan hal ini tidak berkecuali berlaku di Negara Indonesia.

Perubahan ini secara tidak langsung telah melahirkan pelbagai andaian para sarjana yang mengandaikan bahawa Indonesia baru akan lahir kerana apa yang dikatakan sebagai “regime change”, tetapi seseungguhnya hal ini telah meliputi perubahan peringkat Negara iaitu apa yang digelar sebagai “state change”. Setelah kewujudan Negara bangsa melalui perjanjian Westphalia yang telah menyaksikan Negara membentuk sempadan masing-masing yang berdaulat dan keruntuhan Sistem Empayar yang sebelum ini mendominasi struktur sistem antarabangsa pada abad ke 17.[47]

Hubungan antarabangsa tetap didominasi oleh interaksi antara Negara yang memperjuangkan kepentingan nasional masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan kewilayahan, kedaulatan, identiti nasional atau masalah pertahanan dan keamanan pada umumnya yang digelar sebagai “high politics”. Selain itu, dalam mengkaji dasar luar Indonesia, pengaruh domestik dan pengaruh sistemik tidak dapat diabaikan, pada pendapat umum yang bersepakat mengatakan bahawa formulasi dan implimentasi dasar luar Negara Indonesia lebih banyak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut. Menurut Weinstein iaitu setidak-tidaknya terdapat tiga fungsi utama dasar luar Indonesia iaitu mempertahankan kemerdekaan nasional terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku terutamanya daripada ancaman luar, memobilisasi sumber daya dari luar untuk kepentingan pembangunan ekonomi, dan yang terakhir adalah untuk mencapai pelbagai tujuan yang berkaitan dengan kompetisi politik domestik.[48] Sedangkan formulasi dasar luar Negara Indonesia sangat ditentukan oleh pandangan dan sikap para elit yang saling berkompetisi antara satu dengan yang lain.

Secara umunya dapat dikatakan bahawa pandangan elit politik Indonesia yang berkaitan dengan hubungan negara ini dengan dunia luar adalah dipengaruhi oleh empat faktor utama yang telah melahirkan sikap yang cenderung kontradiktif. Di antara faktor-faktor tersebut adalah pengalaman sejarah sebagai bangsa yang pernah dijajah namun berjaya dalam memperolehi kemerdekaan melalui sebuah perjuangan revolusioner. Pengalaman sejarah ini telah melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi yang antara lainnya ditandai oleh kerisauan terhadap dominasi Negara-negara besar di satu pihak dan keyakinan bahawa Indonesia mampu mendiri di lain pihak.

Semangat nasionalisme yang dikatakan difensif ini adalah berbeza dengan nasionalisme ofensif dan agressif seperti Nazi Jerman telah melahirkan doktrin dasar luar yang bebas dan aktif yang telah wujud selama berlakunya Perang Dingin adalah untuk menghindari pengaruh daripada kekuatan-kekuatan besar dengan mengikuti dalam membentuk “Non-Blok”. Semangat nasionalisme ini juga melahirkan rasa percaya atau keyakinan bahawa Indonesia tidak boleh hanya menjadi objek dalam percaturan politik antarabangsa, tetapi harus mampu menempuh jalan yang dipilihnya sendiri. Faktor kedua turut memberikan pengaruh yang penting pada sikap elit Indonesia adalah mengenai ukuran Negara dan jumlah penduduk yang tinggi, kedudukan geografi yang strategik, kekayaan hasil bumi dan tradisi budaya yang tua dan kaya. Perihal yang dimiliki oleh Negara Indonesia ini meyakinkan sikap percaya pada diri Indonesia yang bukan sahaja dalam peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa.[49]

Sebagai Negara yang mempunyai penduduk yang terpadat di Asia Tenggara, Indonesia juga memiliki perasaan apa yang digelar sebagai “entitlement” atau “primus inter pares” dalam berhubungan dengan Negara serantau.[50] Dasar luar Indonesia di bawah pimpinan Suharto adalah berbeza dengan dasar luar pemimpin sebelumnya. Dasar Order Baru telah menjadi asas kepada kepimpinan Presiden Suharto. Terdapat pengaruh idiosinkratik, domestik dan sistemik dalam membentuk Order Baru. Ideosinkratik Suharto amat jelas dalam setiap dasar yang di laksanakan dan beliau menjadikan ABRI sebagai medium dalam melaksanakan matlamat beliau.[51]

Sebagai salah sebuah daripada Negara yang menubuhkan “Non-aligned Movement[52] pada 1961, Indonesia mengejar dasar luar yang berpendirian dan berprinsipkan sama jarak daripada perbalahan kuasa Kesatuan Soviet dan juga Amerika Syarikat. Hal ini mencerminkan prinsip negara Indonesia dalam menjamin keselamatan dalaman melalui dasar luar yang dilaksanakan. Pada mulanya semasa era Sukarno yang dilihat lebih menyokong Komunisme seperti melaui PKI, Sukarno juga melaksanakan dasar Indonesia berlandaskan kepada pengaruh Soviet dan RRC. Hal ini berbeza dengan dasar Suharto yang dilihat telah memutuskan hubungan Indonesia dengan RRC setelah beliau mendapat surat perintah sebelas 11 Mac yang membolehkan pengagihan kuasa autoriti daripada Sukarno kepada beliau.[53] Sebagai sebuah Negara yang memperakui sebagai “Non-Blok” Indonesia dilihat agak kurang dalam melibatkan diri dalam isu-isu antarabangsa sehinggalah Jeneral Soemitro iaitu mantan Panglima Angkatan Bersenjata 1970-1974 telah menganjurkan agar Indonesia lebih menonjol dan mengamalkan dasar luar berprofil tinggi dalam membicarakan isu-isu yang lebih Kontroversi.[54]

Presiden Suharto jelas cenderung kepada Barat dan mula melaksanakan dasar buka pintu terhadap kuasa Barat yang sebelum itu dilihat tertutup. Ekonomi Kapitalis Barat menjadi agenda utama Suharto dalam mempertingkatkan kemajuan sektor ekonomi dan pembangunan di Indonesia. Kebergantungan ke atas kuasa Jepun, Amerika Syarikat, dan Negara-negara Eropah dalam aspek pembangunan rasmi dan bantuan pembangunan serta palaburan asing, dapat dilihat dengan jelas kerana pada masa ini Negara Indonesia dilihat masih belum mampu berdiri dengan sendiri akibat daripada pergolakan dan ekonomi yang merudum.[55]

Persepsi Jakarta pada masa itu mengenai hubungan akrab Negara Republik Rakyat China dengan persatuan Komunis Indonesia atau PKI pada pertengahan 1960-an telah menyebabkan kerajaan Indonesia pada masa itu telah menjalankan dasar yang mengurangkan hubungan Jakarta-Beijing dan juga beberapa Negara anggota ASEAN. Sungguhpun Negara Indonesia berbeza dengan ASEAN dalam respon terhadap isu krisis Kemboja selepas serangan terhadap Negara Vietnam pada 1978, hal ini telah menjadi bidang Jakarta dalam beperanan aktif untuk mempromosi rundingan terhadap penamatan terhadap perang saudara yang berlaku di Kemboja.[56]

Jakarta telah mengadakan mesyuarat pada tahun 1988 dan tahun 1989 dalam mencari jalan penyelesaian konflik tersebut. Hal ini memperlihatkan peranan besar Indonesia era Presiden Suharto dalam melaksanakan polisi untuk menjaga kestabilan serantau. Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet amat mempengaruhi keadaan politik di Indonesia. Sebuah dasar yang rasional perlu dibentuk dalam percaturan samada untuk berpihak kepada Amerika Syarikat Mahupun Soviet. Kesan perang Dingin di rantau Asia Pasifik telah menjadi landasan kepada reaksi Jakarta dalam ASEAN berkenaan polisi Jakarta dalam permasalahan yang berlaku.[57]

Negara Indonesia yang berkedudukan strategik iaitu menjadi pintu utama melalui lautan Hindi, termasuklah Selat Melaka dan Pentas Sunda dilihat sebagai pusat yang penting dalam keselamatan rantau ASEAN dan menjadi tarikan Amerika Syarikat serta sekutunya. Amerika Syarikat menghantar tentera untuk menjadi pembekal utama kepada kelengkapan ketenteraan Negara Indonesia dan hal ini memperlihatkan hubungan dua hala yang terjalin dengan baik melalui hubungan ketenteraan antara Jakarta-Washington pada masa tersebut. Justeru, dalam mengawal keselamatan domestik dan serantau, Indonesia dilihat memerlukan senjata dan bantuan Amerika Syarikat.

Disebabkan oleh dasar luar yang berbentuk Non-Alinged, Jakarta tidak mempunyai hubungan rasmi dengan ketenteraan Amerika Syarikat tetapi hanyalah mengambil faedah daripada pengurusan keselamatan Amerika Syarikat dengan Negara lain di kawasan serantau seperti Australia dan juga Filipina. Walaupun Amerika Syarikat mengadakan hubungan yang baik terhadap Indonesia, dasar Orde Baru atau Ketertiban Baru, penindasan politik dan pendamaian Timor-Timur bagaimanapun telah mendapat kritikan secara rasmi daripada beberapa pegawai Amerika Syarikat iaitu pada lewat 1980-an bermulanya apa yang di gelar sebagai pembukaan luas kawasan tersebut.[58]

Selain Amerika Syarikat, Negara Indonesia turut menjalinkan hubungan bilateral dengan Negara Jepun kerana kuasa ekonomi Jepun setanding dengan Negara maju di Eropah. Selain itu juga, Negara Jepun mempunyai teknologi yang moden yang amat di perlukan oleh Indonesia dalam aspek pembangunan ekonomi dan teknologi dalam membangunkan Negara tersebut daripada masalah kemiskinan. Pada 1970-an, terdapat kedatangan besar Pegawai Pembantu Pembangunan daripada Jepun tiba di Jakarta. Hal ini telah mewujudkan masalah dengan China kerana bantuan daripada Tokyo telah di berikan keutamaan termasuklah dalam bidang promosi eksport, pengstrukturan dan penbangunan infrastruktur, pelabuaran asing, pengurusan bahan mentah seperti minyak, aluminium dan juga sumber serta produk hutan.[59]

Jakarta bergantung kepada bantuan derma daripada Tokyo dalam bidang projek pembangunan. Dalam hubungan yang bersifat akrab ini bagaimanapun tidak akan berlangsung tanpa tekanan daripada pelbagai pihak samada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Pembuat dasar Indonesia telah mempersoalkan “high percentage” atau peratus tinggi bantuan Jepun dari sudut pinjaman serta geran dan beban yang besar dalam bayaran balik menerusi dominasi nilai matawang Jepun iaitu Yen. Hal ini digelar “yen-dominated” pada 1985.[60] Walaubagaimanapun, kesan perang yang telah di laksanakan oleh Jepun pada masa lalu sedikit sebanyak mempengaruhi Indonesia dan terdapat juga kebimbangan mengenai andaian mengenai kebolehan Negara Jepun dalam melaksanakan remilitarization”.

Selain itu, Suharto turut menarik balik dasar pemimpin lepas iaitu Presiden Sukarno mengenai dasar “Ganyang Malaysia” yang dilihatnya sebagai dasar yang tidak releven. Dalam hal ini memperlihatkan Presiden Suharto telah membentuk dasar yang bakal membawa kepada hubungan baik di antara Negara serantau yang sudah semestinya mampu dalam mengelak konflik yang lebih besar daripada berlaku.

Semasa era pentadbiran Suharto, dasar luar yang terbuka telah mendatangkan kesan positif terhadap kepimpinan kerajaan yang beliau terajui dan hal ini berbeza dengan dasar Sukarno yang lebih bersifat radikal. Hal ini dilihat dan di analisa melalui peranan “Idiosyncratic” James Rosenau[61] yang memperlihatkan keperibadian Suharto yang sedikit berbeza dengan pemimpin lampau dan hal ini kemungkinan daripada latar belakang tokoh yang di lihat lebih cenderung kepada Barat dan mempunyai latar belakang pendidikan Barat. Dalam hal ini telah sama sekali merubah polisi asal Negara Indonesia pada era Sukarno yang menolak pengaruh Barat dan menerima pengaruh komunisme.

Semasa era pemerintahan Suharto secara jelasnya memperlihatkan Negara Indonesia telah merubah polisinya kepada anti-Komunis. Dasar luar Suharto yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sekitar dua juta rakyat dalam pembersihan Massa dan melebihi 200,000 di tangkap hanya kerana dicurigai terlibat dalam kudeta 1965.[62] Selain itu juga, dasar Presiden Suharto semasa eranya telah membelanjakan banyak wang untuk bidang ketenteraan juga dilihat merupakan sebuah dasar yang dipengaruhi oleh variabel ideosinkratik dimana sejarah latar belakang beliau yang berkhidmat dalam tentera. Oleh sebab itu, setiap dasar yang dilaksanakan adalah lebih cenderung kepada bidang ketenteraan.

Melalui kajian yang lebih mendalam, Leo Suryadinata telah melihat pengaruh sistemik atau luaran telah banyak mempengaruhi dasar luar Indonesia dan ianya telah membahagikannya kepada dua persepsi iaitu persepsi terhadap ancaman asing dan konsep kepulauan. Bagi beliau, dalam mempelajari atau mengkaji dasar luar Indonesia, terdapat dua faktor yang harus diperhatikan iaitu persepsi terhadap ancaman asing dan Konsep Kepulauan.[63] Mengenai persepsi ancaman asing, beliau berpendapat bahawa ancaman utama terhadap kestabilan politik di Indonesia lebih tertumpu kepada ancaman faktor luaran atau faktor antarabangsa.

Selama era pemerintahan Suharto, ancaman asing yang dimaksudkan berasal daripada negara Timur dan Komunis dan fokus diberikan kepada ancaman daripada Republik Rakyat China atau RRC. Dalam hal ini, RRC dilihat telah bersekongkol dengan masyarakat di Indonesia terutamanya Cina dalam peristiwa kudeta 1965. Justeru, kerajaan melihat bahawa Cina perantauan di Indonesia mempunyai simpati terhadap Komunisme dan membiarkan mereka di manfaatkan sebagai alat Beijing.[64]

Selain daripada itu juga, dalam rangka memahami dasar luar Indonesia, ancaman seperti ini dipandang oleh para pemimpin harus dijadikan sandaran. Semasa era pemerintahan Presiden Sukarno iaitu sebelum 1965, Sukarno melihat ancaman luaran adalah datangnya daripada Kuasa Barat dan hal ini berubah setelah Suharto memegang kerajaan Indonesia pada 1967. Suharto dilihat telah memutuskan hubungan dengan Beijing dan hal ini memperlihatkan ketegasan dasar luar Suharto dalam menyekat sfera pengaruh Komunisme yang dibawa oleh pemimpin lepas.

Akan tetapi, apa yang dikatakan tadi sebagai dasar Suharto yang tidak Komprehensif iaitu pada 1989 Suharto telah mengumumkan proses normalisasi dengan Beijing. Pengumuman ini dilihat memperolehi perhatian yang luar biasa dari media massa Indonesia. Dalam hal ini, isu keamanan sekali lagi dilihat menjadi dasar ketidaksepakatan terhadap “normalisasi dini” atau “early normalization”.[65] Ketidakepakatan ini disebabkan oleh terdapat segelintir gologan elit seperti Menteri dan Pemimpin di Indonesia yang masih mengangap RRC sebagai berbahaya kerana sejarah lampau yang mencerminkan tindak tanduk agresif RRC.

Selain perepsi ancaman asing yang dikemukakan, persepsi mengenai posisi Indonesia sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak kepulauan turut dipertimbangkan.[66] Terdapat banyak lagi kekangan dan cabaran yang telah mempengaruhi dasar luar Indonesia yang melibatkan isu kepulauan. Indonesia terdiri daripada lebih 13,000 pulau yang dipisahkan oleh lautan dan hal ini adalah penting bagi kerajaan Indonesia dalam mengawal wilayah maritimnya. Mochtar Kusumatmadja[67] iaitu seorang professor dalam jurusan Undang-Undang dan juga mantan Menteri Luar Negeri Indonesia berpendapat bahawa kerana masalah politik dan keamananlah yang menyebabkan pemerintah Indonesia memperkenalkan “konsep Nusantara” atau “archipelago concept” pada 1957.[68] Perihal ancaman asing dan kepulaun ini boleh dideinsikan sebagai ancaman faktor luaran terhadap pembentukan dasar luar Indonesia semasa era pemerintahan Suharto.

2.5 Indonesia dan “Order Baru”

Order Baru merupakan sebuah dasar yang telah dilaksanakan oleh Presiden Suharto dalam pemerintahannya sejak beliau mengantikan Presiden Sukarno pada 1967. Revolusi struktur kuasa Order Baru boleh dikesan sejak pengulinggan Sukarno 1965-1967. Aktor utama adalah ABRI atau Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, birokrasi, dan Presiden Suharto sendiri.[69] Peranan Aktor-aktor ini jelas dalam menentukan dasar-dasar Indonesia sendiri. Dalam fasa pertama iaitu pada 1965-1967, Suharto dikatakan menggunakan ABRI dalam mengawal pengaruh kuasanya di Indonesia, manakala birokrasi pula dilihat berada dalam posisi yang lemah pada masa itu akibat daripada pemerintahan dan masalah ekonomi yang telah mencetuskan situasi yang tegang pada pertengahan 1960-an. Hal Hill dalam penulisannya banyak menentuh mengenai politik, ekonomi dan sosio-budaya semasa era pemerintahan Order Baru.[70]

Senario politik di Indonesia memperlihatkan pembahagian puak dan pertelingkahan Ideologi, ketidakbolehpercayaan ketua tentera kerana masih lagi terdapat pengaruh penyokong Sukarno atau Parti Nasionalis Indonesia “PNI” yang dilihat mempunyai posisi yang berpengaruh sebelum mereka disingkirkan. Presiden Suharto dan kepimpinan ABRI juga dilihat memanipulasi golongan Pro-Sukarno dalam perjuangan untuk menang. Dalam fasa kedua pula, birokrasi dan usaha negara dilihat menjadi instrumen efektif bagi kerajaan, beberapa elemen termasuklah kemunculan kuasa kekayaan pusat yang dilihat berasa dipihak mereka seperti Perbadanan Minyak Negara, Pertamina atau Agensi Logistik Makanan, Badan Urusan Logistik atau “BULOG”.[71] Fasa ketiga pula daripada tahun 1983 dan selepasnya memperlihatkan Presiden Suharto muncul sebagai aktor yang paling berkuasa dalam arena nasional. Beliau telah membina autoriti persendirian yang besar sebagai ketua negara dengan kebebasan terhadap sekutu rapat beliau iaitu ABRI.

Suharto dilihat menggunakan ABRI dalam arena domestik. Pada masa yang sama, beberapa seksyen dalam birokrasi dan kementerian ekonomi masing-masing mencari keuntungan melalui Presiden. Pada masa ini juga, konglomerat atau Usahawan perniagaan besar turut berkembang akan tetapi Islam dikatakan semakin lemah akibat daripada tekanan politik dan hal ini telah menyebabkan ianya berubah kepada lebih terhadap sfera agama-sosial.[72] Semasa pemerintahan kuasa negara Indonesia melalui Order Baru, terdapat pelbagai senario yang berlaku di dalan politik, sosial dan ekonomi Indonesia. Hal ini dilihat sebagai sebuah revolusi dalam mengantikan Order Lama Sukarno.

Dasar yang drastik serta pendirian Presiden Suharto atau faktor ideosinkratik amat jelas semasa Order Baru. Akan tetapi faktor ini dilihat tidak bebas dimana faktor idiosinkratik ini turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti domestik dan sistemik. Beberapa keputusan terutamanya mengenai ekonomi, politik dan secara khususnya terhadap kaum Cina dilihat menjadi masalah pada masa ini. Leo Suryadinata pernah menulis mengenai “The Ethnics Chinese Issue and National Integration in Indonesia” telah menganalisis permasalahan etnik Tionghoa atau Cina di Indonesia semsa pemerintaha Order Baru Suharto. Beliau ,mengatakan bahawa masyarakat pelbagai etnik dan agama di Indonesia telah wujud sejak ribuan tahun lagi.

Menurut sejarah Indonesia, hal ini dikatakan sebagai “Product of Dutch Colonialism” iaitu dasar Belanda pada era pemerintahannya di Indonesia. Sinonim dengan teori Karl Deutch[73] mengenai “Social Communication” yang telah membawa etnik dalam membentuk bangsa secara bersama. Hal ini dikatakan tidak mendatangkan masalah sehinggalah kebangkitan rejim Suharto pada 1967 dengan terbentuknya Pancasila dan Order Baru.[74] Sepanjang 32 tahun pemerintahan Suharto memperlihatkan pengunaan militer dalam membantu pentadbirannya terutamanya dalam melaksanakan Order Baru. Konflik domestik wujud akibat daripada krisis ekonomi yang memperlihatkan masyarakat bersaing untuk mendapatkan sumber. Selain itu, semasa Orde Baru juga memperlihatkan kejayaan dalam “Indonesianizing” majoriti etnik Cina Indonesia. Golongan muda telah mula melupakan petuturan dengan bahasa Cina yang sebelum ini menjadi petuturan nenek moyang mereka.

Selain bahasa, etnik Cina juga terbahagi dalam terma agama dan kelas iaitu beragama Buddha, Taoist, Confucianist, Kristian, dan beragama Islam. Dalam bidang ekonomi pula, wujud ratusan keluarga konglomerat yang kaya tetapi terdapat juga kaum Cina yang miskin. Senario masalah etnik semasa Order Baru dilihat tidak mendatangkan masalah terutamanya kejayaan dalam “Cukong System” atau Sistem Cukong[75] yang telah menyebabkan kebangkitan ratusan konglomerat Cina yang tumbuh bagaikan cendawan.

Akan tetapi, pada 1980-an dasar Suharto terhadap etnik Cina telah mula berubah. Akibat daripada faktor domestik dan desakan-desakan daripada kumpulan pendesak serta dalam percaturan untuk mengekalkan pengaruh kuasa beliau, Presiden Suharto telah mula beralih arah kepada menyokong golongan Muslim di Indonesia. Beliau mula mengambil perhatian terhadap golongan usahawan Peribumi yang merupakan majoriti di Indonesia. Dalam hal ini, anak, cucu, serta kroni dan sekutu beliau dilihat mendapat faedah daripada dasar yang Suharto laksanakan. Justeru, timbul perasaan iri hati golongan usahawan Cina akibat daripada jarak ekonomi yang besar dan hal ini telah menjadi faktor utama dalam rusuhan Mei 1998.[76]

Presiden Suharto memulakan penekanannya terhadap kaum Cina kerana tuduhan simpati mereka terhadap pihak Komunis. Beliau melarang penggunaan tulisan bahasa Cina, dan menutup semua pertubuhan Cina. Pada tahun 1970 Suharto melarang bantahan pelajar selepas tunjuk perasaan yang meluas terhadap rasuah.[77] Dalam menangani isu tersebut, Suruhanjaya telah ditubuhkan dan mendapati bahawa rasuah sangat umum. Presiden Suharto bersetuju dengan hanya dua kes, dan kemudian menutup Suruhanjaya tersebut. Rasuah kemudian merebak. Dalam pada masa yang sama, tindakan Orde Baru Suharto telah mendapat kejutan besar di Indonesia kerana timbulnya konflik etnik pasca-Orde Baru. Hal ini telah di buktikan melalui “Human Rights Watch” dan pelbagai organisasi lain yang melihat penindasan Orde Baru telah menaikkan dan meyemarakkan api sentimen perkauman di Indonesia.

Menurut penulisan A.E. Priyono, Stanley Adi Prasetyo dan Olle Tornquist dalam “Indonesia dan Wacana Internasional tentang Demokratisasi”, Persoalan dan Prospek telah membincangkan mengenai tindakan Orde Baru yang dilihat Menindas dan tambahan beliau;

”... modernisasi kapitalis Orde Baru ini menimbulkan lebih banyak, bukan lebih sedikit, reaksi keagamaan dan etnis yang anti-demokrasi-tetapi juga, untungnya, dan ini sangat bertentangan dengan tesis modernisasi, muncul kekuatan-kekuatan pro-demokrasi dan hak asasi manusia dari kalangan masyarakat muslim...” [78]

Presiden Suharto memerintah melalui pengawalan tentera dan penapisan media massa. Beliau menguasai kewangan dengan memberikan urus niaga yang mudah dan monopoli kepada saudara-saudaranya, termasuk enam orang anaknya.[79] Suharto juga memainkan puak-puak tentera melawan antara satu sama lain, dimulai dengan mendukung kelompok Nasionalis dan kemudiannya mendukung unsur-unsur Islam.

Tahun 1973 telah menyaksikan Presiden Suharto memenangi pilihan raya umum dan selepas itu beliau dipilih kembali pada 1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998. Beliau merubah Undang-Undang Pilihan Raya Umum dengan mengizinkan hanya tiga buah parti yang boleh menyertai pemilihan, termasuk partinya sendiri, Golkar. Oleh kerana itu, semua parti Islam yang ada diharuskan bergabung dan membentuk Parti Persatuan Pembangunan, sementara parti-parti bukan Islam “Katolik dan Protestan” serta parti-parti Nasionalis digabungkan menjadi Parti Demokrasi Indonesia.[80]

Selain itu, Pada 1975, atas permintaan Amerika Syarikat dan Australia, Presiden Suharto telah memerintahkan pasukan tentera Indonesia untuk memasuki Timor-Timur, bekas jajahan Portugal. Setelah Portugal bermundur, gerakkan pemisah Fratilin telah memegang kuasa dan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat Timor-Timur sendiri. Amerika Syarikat berasa khuatir atas permintaan campur tangan Kesatuan Soviet oleh Fretilin. Kemudian, pemerintahan Timor-Timur yang menyokong persepaduan dipasang oleh Indonesia meminta Wilayah tersebut bergabung dengan Indonesia. Pada 15 Julai 1956, Timor-Timur menjadi salah sebuah Wilayah Indonesia sehingga dialihkan kepada kuasa PBB pada tahun 1999.[81]

Selain daripada itu, Order Baru turut menyentuh pelbagai aspek dalam masyarakat di Indonesia. Seperti aspek yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perspektif demografi seperti dasar dalam evolusi populasi 1965-1990, politik birokrasi dalam perancangan keluarga, perubahan dalam institusi perkahwinan, perubahan dalam saiz keluarga, kemerosotan kematian, perubahan dalam pengunaan kontraseptif “pencegah hamil”. Alamsyah Ratu Perwiranegara mengatakan pembangunan perancangan keluarga ini dilihat penting dalam pembangunan masyarakat Indonesia. Subsidi yang besar telah diberikan oleh kerajaan Indonesia era Suharto kepada rakyat dalam bidang ini.[82]

Birokrasi diwujudkan dalam program perancangan keluarga dalam menguruskan perihal ini. Selain daripada aspek kekeluargaan, dasar Order Baru turut menyentuh mengenai isu buruh paksa dan pendidikan kanak-kanak. Hal ini adalah untuk mempertingkatkan pembangunan jangka masa panjang negara Indonesia di bawah kepimpinan Order Baru. Isu-isu lain seperti persekitaran, pulau-pulau dan ekspresi budaya seperti budaya nasional, pembentukan budaya serantau pada 1970-an, media massa pada 1970-an dan permodenan media massa pada 1980-an. Akhir sekali, Order Baru turut meliputi dasar-dasar seperti mengenai penduduk tempatan, ekonomi kapitalis dan implikasi daripada agama dunia.[83]

Presiden Suharto memfokuskan pertumbuhan ekonomi sebagai isu utama dan tujuan pemerintahnya. Melalui dasar ini,beliau telah mengambil banyak teknokrat dan ahli ekonomi berpendidikan Barat dan liberal yang sebelumnya bertentangan dengan Presiden Sukarno yang cenderung bersifat sosialis. Kebanyakan daripada teknokrat-teknokrat yang diambil mempunyai kelulusan Universiti Berkeley sehingga mereka lebih dikenali di kalangan ekonomi, industri dan kewangan Indonesia sebagai “Mafia Berkeley”.[84]

Dalam mempertingkatkan kemajuan ekonomi seperti apa yang telah menjadi asas kepada kepimpinan Presiden Suharto, Indonesia mendapatkan bantuan ekonomi dan kewangan daripada negara-negara penderma iaitu negara-negara maju yang bergabung dalam IGGI yang ditajai oleh pemerintah Belanda. Akan tetapi, pada tahun 1992, IGGI telah dihentikan oleh pemerintah Indonesia kerana dianggap bercampur tangan dalam urusan dalaman Indonesia, khususnya dalam kes Timor-Timur dan selepas berlakunya Peristiwa Dili. Peranan IGGI itu diambil alih oleh lembaga penderma CGI yang ditajai oleh Perancis.

Disamping itu, Indonesia turut mendapat bantuan daripada lembaga antarabangsa lain yang berada di bawah PBB , termasuklah UNICEF, UNESCO, dan WHO. Namun, kegagalan pengurusan ekonomi yang berdasarkan sistem kesan resap-rebak “trickle down effect” yang mementingkan pertumbuhan dan pengurusan ekonomi pada segelintir kalangan, serta buruknya pengurusan ekonomi perdagangan industri dan kewangan pemerintahan, menyebabkan Indonesia akhirnya bergantung kepada penderma-penderma antarabangsa, terutama selepas Kewangan yang melanda Asia.[85]

Dalam bidang ekonomi, pengeluaran beras Indonesia telah mencapai mampu diri pada tahun 1984. Kemajuan ekonomi Indonesia pada saat itu mencapai prestasi yang menyebabkannya dimasukkan dalam negara yang mendekati negara-negara Industri Baru, bersama-sama dengan Malaysia, Filipina, Thailand, selain Singapura, Taiwan dan negara Korea Selatan. Bagaimanapun, prestasi itu tidak dapat dipertahankan pada tahun-tahun berikutnya. Dalam bidang politik, Presiden Suharto menggabungkan Parti-Parti Politik kepada tiga buah parti politik yang besar, iaitu PPP atu Parti Persatuan Pembangunan, Golkar atau Parti Golongan Karya, dan PDI atau Parti Demokrasi Indonesia dalam usahanya untuk menyederhanakan politik di Indonesia.

Sebelum tahun 1967, Presiden Sukarno telah mengamalkan sistem parti berbilang yang mengakibatkan kejatuhan kabinet dan dianggap oleh Suharto sebagai penghalang kepada pembangunan. Kemudian, Preside Suharto telah mengeluarkan Undang-Undang berlandaskan Pancasila, sebuah undang-undang politik dan asas tunggal, yang mewarnai politik pada saat itu.

Namun dalam pelaksanaannya, tertimbulnya ketidakseimbangan dalam politik Indonesia di mana istilah "majoriti tunggal" termuncul.[86] GOLKAR menjadi parti utama dan kedua-dua parti politik yang lain itu disisihkan dalam setiap Pilihan Raya Umum. Walaupun berbagai-bagai ketidakpuasan telah muncul, ia dapat diredam oleh sistem pada masa itu. Seiring dengan naik taraf pendidikan pada masa pemerintahannya kerana pertumbuhan ekonomi, wujudlah pelbagai kritik dan ketidakpuasan terhadap ketidakseimbangan dalam pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Dalam hal ini dapat dianalisiskan bahawa Orde Baru semasa pemerintahan Suharto boleh dilihat dalam aspek positif dan negatif. Daripada sudut yang positif, dasar Orde Baru dilihat dari aspek ekonomi terutamanya mengenai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar atau KDNK per kapita Indonesia telah molonjak iaitu daripada 70 USD pada tahun 1968 kepada 1,000 USD pada tahun 1996. Selain daripada itu, Order Baru turut berjaya dalam memerangi buta huruf serta kejayaan tranmigrasi di Indonesia daripada sebelumnya. Dasar dalam perancangan keluarga juga dilihat berjaya dan menghasilkan kesan yang positif.

Order Baru juga turut memperlihatkan kesan yang negatif dalam negara Indonesia dan sering menjadi isu yang kontroversi. Sebagai contoh, amalan rasuah, pakatan sulit dan nepotisme dilihat menular semasa era Order Baru. Pembangunan meningkat dengan pesat tetapi berlaku ketidaksamarataan. Berlaku juga rasuah yang berleluasa terhadap Menteri dan pegawai kerajaan. Menurut Al-Gore, Timbalan Presiden Amerika Syarikat mengatakan bahawa;

“There is no question that...foreign corrupt practices threaten to undermine both the growth and the stability of our global trade and financial system. Nowhere are the consequences more evident than emerging and developing economies. The financial crises Russia and Asia have clearly deeb deepened as a result of cronysm and corruption”.[87]

Selain itu berlaku perbezaan pendapatan antara kelas atas dengan kelas rendah. Disamping itu, amalan demokrasi dilihat tidak berkesan kerana berlaku apa yang digelar sebagai kunci mulut iaitu pengharaman sebarang kritikan dan tentangan terhadap dasar Kerajaan. Kebebasan individu dan kebebasan akhbar juga tersekat akibat daripada kawalan rejim Order Baru.

2.6. Aktor Dasar Luar Indonesia Era Suharto

Dasar luar indonesia era Presiden Suharto dilihat evolusi atau pembaharuan yang drastik terhadap dasar luar yang pernah dilaksanakan oleh Presiden Sukarno. Dalam hal ini, sebuah pembaharuan dalam kerajaan pimpinan Suharto dilihat jelas dalam menjadikan pemerintahan berasaskan Order Baru menjadi realiti. Justeru, tindakan yang drastik dan kerjasama pelbagai pihak dilihat menjadi kayu ukuran dalam kejayaan dan pembentukan sesebuah dasar luar negara dan hal ini turut berlaku di negara Indonesia. Kajian ini menyentuh mengenai aktor-aktor yang terlibat dalam dasar luar indonesia era pentadbiran Suharto kerana golongan ini penting dalam kajian dasar luar Indonesia terutamanya dalam mengaitkan peranan faktor-faktor seperti idiosinkratik yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.

Walaupun Suharto mula memegang tampuk kuasa pada tahun 1967, pada mulanya beliau dilihat tidak secara sepenuhnya terlibat dalam pembuatan dasar luar Indonesia. Suharto dikatakan tidak terlibat secara langsung dalam dasar luar Indonesia pada awalnya kerana beliau dikatakan tidak mempunyai banyak pengalaman dalam masalah-masalah yang melibatkan politik antarabangsa.

Dalam hal ini, menurut Roeder, Presiden Suharto tidak terlalu berminat dalam politik dasar luar negeri pada ketika itu. Namun, secara berperingkat setelah memegang pemerintahan kerajaan Indonesia iaitu sebagai Presiden, Suharto dilihat mula tertarik terhadap percaturan dasar luar negeri. Secara jelasnya, hal ini dapat dilihat pada tahun 1970-an dimana ketika Suharto dan Adam Malik bercanggah pendapat mengenai normalisasi hubungan Indonesia dengan China. [88]

Justeru, dapat dianalisiskan bahawa, sejak awal era Order Baru pimpinan Suharto, terdapat kemunculan dua kelompok dalam penganalisis dan pembentuk dasar luar Indonesia iaitu militer “Departmen Pertahanan dan Keamanan-HANKAM, Lembaga Pertahanan Nasional-LEMHANNAS, dan Badan Koordinasi Intelijen Negara-Bakin”, dan Depatmen Luar Negeri “DEPLU”. Dalam pembentukkan dasar luar Indonesia era Presiden Suharto iaitu pada 1967-1998, peranan DEPLU dilihat amat penting kerana badan ini merupakan badan induk Kerajaan yang bermatlamatkan dalam membentuk dasar luar Indonesia mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Suharto.

Sejak awal penubuhannya, DEPLU telah didominasi oleh para “diplomat kerier sipil”[89] dan peranannya dilihat telah mengalami perubahan dari masa ke masa. Semasa pemerintahan Sukarno sebelumnya, DEPLU memainkan peranan dalam menentukan pembuatan dasar luar negara Indonesia. Dapat dianalisiskan bahawa peranan DEPLU dilihat semakin bekurangan dari era Presiden Sukarno ke era Presiden Suharto.

Semasa era pemerintahan Suharto, sudah terdapat tiga oreng Menteri Luar Negeri dimana yang pertama dan yang juga paling berpengaruh adalah Adam Malik iaitu merupakan seorang ahli politik yang berjaya dan merupakan seorang diplomat yang berpengalaman luas. Dengan pengalaman yang beliau miliki mengenai hubungan antarabangsa, Adam Malik dapat memperluaskan pengaruhnya dalam menentukan dasar luar negara Indonesia selama beliau bertugas sebagai Menteri Luar Negeri. Akan tetapi, beliau telah disingkirkan secara bertahap oleh golongan tentera. Peranan golongan elit dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia memperlihatkan bertapa berpengaruhnya faktor idiosinkratik dalam pembentukan sesebuah dasar luar. Dalam hal ini. Faktor peranan Adam Malik dilihat penentu kepada mempengaruhi dasar luar Indonesia semasa pemerintahan Suharto.

Mochtar Kusumaatmadja dilantik bagi mengantikan Adam Malik sebagai Menteri Luar Negeri. Beliau mempunyai latar belakang sebagai professor dalam jurusan Undang-Undang dilihat kurang berpengaruh berbanding Adam Malik. Walaubagaimanapun, beliau juga berupaya dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia. Akan tetapi beliau dikatakan tidak dapat melakukan banyak hal dalam pembentukan dasar luar Indonesia. Hal ini kerana meningkatnya sikap tegas tentera dan Presiden Suharto sendiri yang telah banyak campur tangan dalam setiap pembentukan dasar luar indonesia.

Beliau telah digantikan oleh Ali “Alex” Alatas iaitu seorang diplomat.[90] Karier Ali Alatas juga menerima nasib yang lebih kurang sama dengan nasib Mochtar Kusumaatmadja. Di samping tiga Menteri penting yang dibincangkan, terdapat beberapa golongan intelektual dan diplomat yang dilihat menonjol di dalam DEPLU seperti Anwar Sani “Duta Besar PBB”, Hasyim Djalal “Ahli Undang-Undang Laut”, dan Nana Sutresna “PBB”. Akan tetapi, pekerjaan mereka ini dilihat terarah kepada bidang-bidang tertentu.

Selain peranan DEPLU, peranan Militer juga dilihat tidak kurang pentingnya dalam pembentukan dasar luar Indonesia era pemerintahan Suharto. Militer dilihat berkuasa sejak awal pemerintahan Suharto lagi yang dilihat berjaya atas campurtangan dan bantuan agresif daripada pihak tentera. Hal ini kerana Presiden Suharto sendiri pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam angkatan tentera Indonesia sejak daripada penentangan terhadap kuasa kolonial Belanda dalam usaha menuntut kemerdekaan.[91]



[1] ASEAN- rujuk Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Lihat juga, Dewi Fortuna Anwar. (1994), Indonesia in ASEAN, Foreign Policy and Regionalism, New York: St Martin’s Press.

[2] “Coup d’etat”- Rampasan Kuasa atau Kudeta.

[3] Order Baru 1968-1998 ialah sebutan untuk zaman pemerintahan Presiden Suharto di Indonesia yang menggantikan Order Lama, zaman pemerintahan Sukarno. Pada tahun 1968, Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) secara rasmi melantik Suharto sebagai presiden untuk tempoh lima tahun. Beliau kemudian dilantik kembali secara berturut-turut pada tahun 1973, 1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998. Oleh itu, Order Baru berlangsung selama 30 tahun.Dalam tempoh tersebut, ekonomi Indonesia berkembang pesat, meskipun hal ini diiringi dengan amalan rasuah yang menular. Selain itu, kesenjangan antara rakyat yang kaya dan yang miskin juga semakin melebar. Lihat, Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. Dan juga, Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney:Allen & Unwin Pty Ltd. Order Baru turut dibincangkan dalam Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra. hlm. 334-361.

[4] Karl W. Deutch. (1988), The analysis of International Relations. 3rd ED. Englewood Clirfs. NJ: Prentice Hall. hlm. 9.

[5] Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney:Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. .24.

[6] Pancasila- merupakan amanat sumpah pemuda yang berkaitan dengan pembentukan komitmen untuk menaikkan martabat masyarakat di Indonesia. Bangsa Indonesia telah wujud sejak tercapainya kemerdekaan Negara tersebut iaitu pada 17 Ogos 1945. Keharmonian masyarakat Indonesia yang terdiri daripada masyarakat atau kaum yang diklasifikasikan sebagai “Pribumi” dan bangsa lain yang telah menetap di Indonesia telah sepakat dalam memperjuangkan bangsa Indonesia tersebut. Rujuk juga, Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 9.

[7] Dipetik daripada laman web “http//www.google/pancasila/politiks/wikipedia.com”. 1 April 2009.

[8]Ibid.

[9] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 331. Rujuk juga, Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra. hlm, 136-144 dan Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 11.

[10] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 11.

[11] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 141.

[12] Ibid, hlm. 48.

[13] Rujuk lampiran B “Suharto dan Keluarganya”, hlm. 112.

[14] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 46.

[15] Ibid, hlm. 46. Selain itu, untuk biografi Suharto, lihat Roeder, “Soeharto: The Smiling General” (Jakarta: Gunung Agung, 1986) hlm. 905-909 dan otobiografi Suharto sendiri, “The Otobiografi Soeharto: Pikiran, Ucapan dan Tindakan Saya”. Seperti yang dipaparkan kepada G. Dwipayana dan ramadhan K.H (Jakarta: P.T Citra Lamtoro Gung Persada, 1989) hlm. 5.

[16] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 151.

[17] Dipetik daripada www.gimonca.com. “Orde Baru, The Suharto Years: 1965-1998. Dan rujuk juga www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

[18] Dipetik daripada www.gimonca.com. “Orde Baru, The Suharto Years: 1965-1998. Dan rujuk juga www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

[19] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 287.

[20] Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors sdn bhd. hal. 287. Selain itu, rujuk juga Yazid, Mohd Noor. (2000), Ideological And Territorial Factors In The Indonesia-Malaysia Confrontations 1963-1966. Asian Profile, vol. 28, no 4, August 2000. hlm. 303-308.

[21] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 306.

[22] Dipetik daripada www.gimonca.com. “Orde Baru, The Suharto Years: 1965-1998”. Dan rujuk juga www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

[23] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 344.

[24] Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. hlm. 5-7.

[25] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 343-346.

[26] Dipetik daripada www.gimonca.com. “Order Baru, The Suharto Years: 1965-1998. Dan rujuk juga www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

[27] Peristiwa Gestapu atau Gerakkan 30 September yang dipetik daripada Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Hasta Mitra: Jakarta. Analisis Harsutejo mengandaikan bahawa Gestapu ini adalah dirancang untuk gagal dan mempunyai kaitan konspirasi antara Suharto dengan CIA untuk menumbangkan Presiden Sukarno.

[28] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 302-310.

[29] Lihat lampiran D: “Peristiwa Gerakkan 30 September”, hlm, 114.

[30] Dahm, Bernhad. (1988), Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 302-309. Lihat juga, Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra. hlm. 34-36.

[31] Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra. hlm. 53.

[32] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 331-333.

[33] Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors sdn bhd. hlm. 153.

[34] Yazid, Mohd Noor. (2000), Ideological And Territorial Factors In The Indonesia-Malaysia Confrontations 1963-1966. Asian Profile, vol. 28, no 4, August 2000. hlm. 304-305.

[35]Yazid, Mohd Noor. (2000), Ideological And Territorial Factors In The Indonesia-Malaysia Confrontations 1963-1966. Asian Profile, vol. 28, no 4, August 2000.

[36] Dipetik daripada www.gimonca.com, “Order Baru, The Suharto Years: 1965-1998. Dan rujuk juga www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

[37] Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. hlm. 41.

[38] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 4-5.

[39]Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. hlm. 16.

[40]Crouch, Harold. (1978), The Army and Politics in Indonesia. Itacha: Cornell University Press. Hlm, 24-25. Untuk kajian yang lebih terperinci mengenai ketertiban militer dalam politik, rujuk Salim Said, “The political Role of the Indonesian Military: Past Present and Future”, Southeast Asian journal of Social Sciences, Vol. 15, No. 1 (1978), hlm, 16-34.

[41] Rujuk “Keselamatan dalam negeri dan masalah banduan”, Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 339-342.

[42] Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm. 8-9.

[43] Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnic Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Hlm. 1-8.

[44] Mingguan Malaysia (Malaysia), 25th Mei 2008, “Reformasi Indonesia sia-sia?”. hlm. 16.

[45] Forrester, 1998. Dipetik dalam .Philpott, Simon. (2000), Meruntuhkan Indonesia, Politik Postkolonial dan Otoritarianisme, Yogyakarta: LKiS. hlm. 31.

[46] James N. Rosenau (a book chapter written in 1964 and published in Farell).1966. di petik daripada Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield.hlm. 14.

[47] Perjanjian Westphalia yang mengakhiri perang 30 tahun antara kelompok katholik dan Protestan di wilayah Jerman ditandatangani pada tahun 1648. Melalui perjanjian tersebut, kekuasaan “The Holy Roman Empire di wilayah Jerman mula berakhir dan Negara-negara baru dengan hak yang dilindungi mulai muncul. Dengan hal yang demikian, era empayar mulai berakhir dan politik Eropah ditandai debgan kehadiran Negara-negara bangsa dengan batasan sempadan yang jelas dan diakui oleh antarabangsa.

[48] F.B Weistein. (1972), The Uses Of Foreign Policy In Indonesia; An Approach To The Analysis Of Foreign policy In The Less Developed Countries. World politics XXIV. hlm. 356-381.

[49] Dipetik daripada penulisan Dewi Fortuna Anwar yang disampaikan pada Pertemuan Nasional Mahasiswa Hubungan Intrnasional Indonesia XII (PNMHII XII). Universitas Airlangga, Surabaya, 16 Oktober 2000. Penulisan ini merupakan bahagian daripada penulisan yang disampaikan pada Orasi Ilmiah Pengukuhan penulis sebagai Ahli Peneliti Utama di Lipi pada 22 Jun 2000.

[50] Ibid,

[51] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 7.

[52]Non-Alinged Movement”- pegerakan yang berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana kuasa.

[53] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 12-13.

[54] Ibid,

[55] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 11.

[56] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 83.

[57] Dewi Fortuna Anwar. (1994), Indonesia in ASEAN, Foreign Policy and Regionalism, New York: St Martin’s Press. Lihat juga, Dewi Fortuna Anwar yang disampaikan pada Pertemuan Nasional Mahasiswa Hubungan Intrnasional Indonesia XII (PNMHII XII). Universitas Airlangga, Surabaya, 16 Oktober 2000. Penulisan ini merupakan bahagian daripada penulisan yang disampaikan pada Orasi Ilmiah Pengukuhan penulis sebagai Ahli Peneliti Utama di Lipi pada 22 Jun 2000.

[58] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 67-70.

[59] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 104-105.

[60] Ibid, hlm. 11-12.

[61] Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm. 167.

[62] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 302-310.

[63] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 16-27.

[64] Ibid,

[65] Ibid, hlm. 17.

[66] Joseph Chingyong Liow. (2005). The Politics Of Indonesia-Malaysia; One Kin, Two Nations. London And New York: Routledge Curzon. hlm. 91.

[67] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 19.

[68] Ibid, lihat juga lampiran E mengenai “peta Indonesia” yang mengambarkan Nusantara. hlm. 115.

[69]Ibid, hlm. 7.

[70] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. xxi.

[71] Ibid, hlm. 8.

[72] Ibid, hlm. 9.

[73] Karl W. Deutch. (1988), The analysis of International Relations. 3rd ED. Englewood Clirfs. NJ: Prentice Hall.

[74] Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnics Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Institute of Southeast Asian Studies: Singapore. hlm. 2.

[75] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 13.

[76] Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnic Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. hlm. 8-9. Rujuk juga, Suryadinata, Leo. (2002), Negara dan Etnis Tionghoa; Kasus Indonesia. Pustaka LP3ES: Indonesia.

[77] Ibid.

[78] A.E. Priyono, Stanley Adi Prasetyo dan Olle Tornquist. 2003. Gerakan Demokrasi di Indonesia Pasca-Soeharto. Demos Jakarta. hlm. 47.

[79] Penglibatan keluarga Suharto dalam monopoli kekayaan Negara Indonesia turut diperbincangkan dalam penulisan Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd.

[80] Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnics Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Institute of Southeast Asian Studies: Singapore. hlm. 1-8

[81] Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney:Allen & Unwin Pty Ltd. Hlm 14.

[82] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 127.

[83] Ibid.

[84] Kelompok bapennas juga dikenali sebagai Mafia Berkeley kerana kebanyakkan daripada mereka ini adalah lulusan University of California di Berkeley. Untuk kajian yang lebih mendalam, rujuk Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 54-55.

[85] Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 176-177.

[86] Pancasila- merupakan amanat sumpah pemuda yang berkaitan dengan pembentukan komitmen untuk menaikkan martabat masyarakat di Indonesia. Bangsa Indonesia telah wujud sejak tercapainya kemerdekaan Negara tersebut iaitu pada 17 Ogos 1945. Keharmonian masyarakat Indonesia yang terdiri daripada masyarakat atau kaum yang diklasifikasikan sebagai “Pribumi” dan bangsa lain yang telah menetap di Indonesia telah sepakat dalam memperjuangkan bangsa Indonesia tersebut. Rujuk juga, Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 9.

[87]Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. hlm. 30.

[88] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 48.

[89] Ibid, hlm. 49.

[90] Ibid.

[91] Crouch, Harold. (1978). The Army and Politics in Indonesia. Itacha: Cornell University Press. hlm. 24-25. Untuk kajian yang lebih mendalam mengenai keterlibatan militer dalam politik, lihat Salim Said, “The Political Role of the Indonesian Military: Past, Present, Future”, Southeast Asian Journal of Social Sciences, vol. No. 15, No. 1 (1978), hlm,16-34.

No comments:

Post a Comment