Go HoME

Sunday 29 November 2009

BAB 3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DASAR LUAR INDONESIA, 1967-1998

3.1 Pengenalan

Bahagian ini fokus terhadap faktor-faktor yang mampengruhi dasar luar Indonesia 1967-1998 dimana menjadi kesinambungan terhadap bahagian atau bab sebelumnya yang membincangkan mengenai dasar luar Indonesia era Suharto. Faktor- faktor yang mempengaruhi dasar luar Indonesia dilihat penting dalam menganalisis objektif kajian yang telah dikemukakan dan seterusnya menjawab dan mencari jawapan terhadap proposisi yang telah dikemukakan. Bab ini membincangkan mengenai pengenalan kepada analisis dasar luar secara umum mengenai analisis dasar luar melalui pengenalan kepada analisis dasar luar. Selain daripada itu, bab ini membincangkan mengenai analisis terhadap variabel-variabel yang mempengaruhi dasar luar dan fktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar dengan lebih mendalam.

3.2 Pengenalan Kepada Analisis Dasar Luar

Dasar luar merupakan sebuah kaedah yang digunakan oleh negara dalam mencerminkan tindakan dan juga respon terhadap sistem antarabangsa. Dasar luar merupakan hasil daripada keputusan yang dibuat oleh aktor-aktor yang terlibat dan dipengaruhi oleh pelbagai elemen yang berkaitan. Keputusan dasar luar boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama di antaranya adalah keputusan pragmatik atau “pragmatic decision” yang merupakan keputusan penting yang membawa kesan jangka panjang. Keputusan ini diambil setelah di jalankan kajian terperinci dan setelah dibuat penilaian terhadap semua altenatif lain.

Selain itu adalah keputusan crisis atau “crisis decision” yang dibuat apabila berlaku ancaman dan terdapat masa yang terhad untuk bertindak balas. Ianya juga merupakan “a surprise element” yang memerlukan tindak balas secara “ad hoc” dalam erti kata tidak terdapat tindak balas yang telah dirancangkan terlebih dahulu. Akhir sekali adalah keputusan taktikal “tactical decision” iaitu keputusan penting yang selalunya berpunca daripada keputusan “programmatic”. Keputusan ini adalah tertakluk kepada penilaian dan penyemakkan semula ataupun perubahan.[1] Pengubal sesebuah dasar mempunyai autoriti yang tinggi dalam sesebuah negara dan selalunya diterajui oleh Presiden ataupun Perdana Menteri. Golongan ini berada pada kelas yang paling tinggi iaitu dalam cabang esekutif dan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bagi Negara demokrasi.

Dasar luar selalunya di bentuk oleh sekumpulan yang menganalisis pelbagai perihal untuk menjamin kelansungan negara. Sesebuah dasar luar mengambil kira faktor-faktor yang menitikberatkan kepentingan nasional dan sebagainya. Hal ini meliputi pelbagai method dalam menganalisa faktor dalaman “domestic” mahupun faktor luaran “systemic”. Selain daripada itu juga, di antara faktor-faktor yang penting dalam membentuk acuan dasar luar sesebuah negara adalah seperti faktor sejarah, faktor geografi, faktor sistem politik yang menjadi amalan, saiz negara, struktur sosial, ekonomi, dan juga faktor idiosinkratik.

Terminologi dasar luar boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk kelakuan atau tindakan yang diambil oleh sesebuah negara apabila melaksanakan kepentingannya dalam hubungannya dengan sebuah negara yang lain. Hal ini berkaitan dengan proses membuat keputusan yang disusuli oleh beberapa bentuk tindakan. Dasar luar juga boleh dikatakan sebagai suatu aktiviti di mana negara sebagai aktor bertindak-balas dan berinteraksi dengan sebuah negara yang lain. [2]

Oleh yang demikian, dasar luar juga dikenali sebagai aktiviti yang bersifat sempadan. Dalam hal ini, perkataan sempadan di sini membawa erti bahawa dasar luar tersebut dibentuk antara dua persekitaran iaitu dalaman dan persekitaran global. Persekitaran dalaman membentuk latarbelakang dasar luar sesebuah negara, kedudukan geografi, tahap pembangunan ekonomi, struktur demografi, ideologi serta nilai-nilai akan membentuk persekitaran dalam tersebut. Manakala persekitaran global pula di mana dasar luar benar-benar dilaksanakan membabitkan tindak-balas aktor-aktor terhadap perlaksanaan dasar luar tersebut kelak akan dijadikan sebagai panduan dalam merangka dasar luar yang lebih kemas dan teliti pada masa akan datang.[3]Analisis dasar luar menurut Margot Light iaitu;

“…membuka kotak hitam sesebuah negara untuk memeriksa unit berbagai yang membentuk peralatan pembuatan dasar luar…”[4].

Secara umumnya, analisis dasar luar merupakan instrument yang penting dalam kajian hubungan antarabangsa. Dalam hal ini, sesebuah analisis sering di jadikan alat sesebuah negara dalam menjamin kelansungan atau “survival” dalam arena antarabangsa.

Di dalam pentas politik Dunia yang dikatakan bersifat anarki ini, analisis dasar luar amat penting dalam mencorak serta menjamin sesebuah negara untuk bersaing mahupun mengukuhkan kedudukan seperti yang di percayai oleh sarjana Realist mengenai teori “self-help[5] di mana sesebuah negara perlu bediri dengan sendiri untuk menjaga atau mempertahankan kedaulatannya. Menurut John F. Kennedy yang pernah mengatakan bahawa;

“…Dasar luar boleh membunuh kita tetapi dasar domestik boleh memulihkan kita…”[6].

Dasar luar menurut Evans & Newnham pula mengatakan bahawa;

“aktiviti apabila aktor bertindak, bertindak balas, dan berinteraksi…”[7].

Analisis dasar luar merupakan strategi yang digunakan oleh kerajaan ke atas tindakan yang mereka lakukan dalam sistem antarabangsa untuk kepentingan negara. Dasar luar didefinisikan sebagai suatu matlamat, nilai, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Negara dan kerajaan yang merangkumi proses merancang, mengurus dan mengawal hubungan luar negara. Rangka dalam menghasilkan analisis dasar luar tidak bergantung kepada negara sahaja malah merangkumi palbagai aspek.

Kenneth Waltz berkata bahawa “level of analysis[8] penting dalam mengkaji bidang analisis dasar luar antarabangsa. Synder, Bruck dan Sapin pula menyatakan bahawa rangka dalam menjelaskan analisis dasar luar ialah bagaimana negara bertindak dalam menjelaskan kedudukan mereka seperti hubungan antara rakan yang membuat analisis, keadaan antarabangsa dan tempatan serta persepsi, tingkah laku dan nilai seseorang individu.

James Rosenau menyarankan teori “idiosyncratic” manakala Michel Brecher[9] mengembangkan kepentingan faktor dalaman dan luaran iaitu faktor internal dan external iaitu mengenai kepentingannya dalam sistem antarabangsa. Aktiviti membuat dasar luar adalah aktiviti yang berlaku di sekeliling kita dan alat komunikasi atau medium yang menjelaskan secara terperinci tentang analisis dasar luar sesebuah negara dan membolehkan pengkaji melihat dan seterusnya mengumpul data. Selain itu juga, dasar luar dan tingkah laku sesebuah Negara merujuk kepada matlamat yang ingin di capai oleh kerajaan di dalam arena antarabangsa dan alat-alat yang digunakan oleh mereka untuk mencapainya adalah dengan mengunakan alat-alat politik, diplomatik, ekonomi atau ketenteraan.

Menurut Mokhtar Muhammad, tingkah laku dasar luar adalah untuk mencapai tiga tujuan iaitu pemeliharaan diri “self-preservation”, perluasan diri “self-extension”, dan mengubah diri “self-abnegation”.[10] Bagaimanapun, tingkah laku dasar luar ini boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan pemimpin. Seperti di Indonesia, Dasar Luar Indonesia dilihat melibatkan ketiga-tiga pendekatan ini terutamanya pada era pemerintahan Suharto. Semasa berlakunya ketegangan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang telah membawa kepada Perang Dingin, setiap dasar yang dilaksanakan oleh Suharto dilihat begitu berhati-hati dalam menjaga kelansungan Negara Indonesia dan pada masa yang sama dalam menjaga kedudukan beliau dalam politik domestik.

Selain daripada itu, politik luar negara atau dasar luar yang dibentuk merupakan aksi Negara terhadap sistem antarabangsa dilihat dipengaruhi oleh pelbagai aspek terutamanya aspek ideosinkratik, domestik dan sistemik. Terdapat beberapa faktor yang jelas memperlihatkan mempengaruhi dasar luar antarabangsa yang dilihat mempengaruhi perilaku sesebuah negara dalam interaksi dunia luar.

Dalam hal ini, “National Power Capability” [11]amatlah penting dalam menentukan adakah sesebuah negara akan mampu menjadi subjek atau semata-mata objek yang harus menyesuaikan diri dengan kehendak pihak yang lebih kuat dalam setiap interaksi antarabangsa. Di samping itu juga, dinamika eksternal yang merupakan luaran daripada interaksi negara-negara yang tidak sepenuhnya dikawal oleh negara-negara yang berkaitan, sehingga muncul pandangan bahawa hubungan antarabangsa tidak ubah seperti permainan “billiard” di mana bola-bola bergerak kerana bersentuhan antara satu dengan yang lainnya.[12]

Akan tetapi, pemerhatian yang umum ini tidak dapat menjelaskan kenapa sesebuah Negara yang sama dapat menjalankan dasar luar yang orientasinya boleh merubah satu era ke era lainnya. Dalam memahami hal tersebut, kajian yang hanya memfokuskan terhadap faktor-faktor objektif seperti ukuran Negara, lokasi, kekuatan militer, kekuatan ekonomi, dan sebagainya tidak memadai. Justeru, tidak hairanlah bahawa kajian tentang dasar luar akhirnya lebih banyak menumpukan pada proses pembuatan yang antara lainnya dengan melihat pengaruh sistem pemerintahan, perilaku birokrasi dan pandangan para elit dalam politik, atau dengan kata lainnya pamahaman tentang dasar luar harus dimulai dengan memahami dinamika politik dalam sesebuah Negara.

Kajian dasar luar bersifat kompleks, dasar luar di analisis mengikut peringkat yang telah di bentuk oleh penganalisis dasar luar. Akan tetapi, dasar luar mempunyai perbezaan melalui kaedah untuk menganalisisnya. Sebagai contoh, analisis dasar luar Negara maju dilihat berbeza berbanding dalam menganalisis dasar luar Negara sedang membangun. Namun, terdapat juga persamaan daripada beberapa aspek dalam kajian seperti apa yang di aplikasikan oleh Rosenau mengenai dasar luar Negara maju.

Dasar luar menurut kajian sarjana yang terkemuka seperti Rosenau sendiri tidak semuanya dapat di aplikasikan dalam mengkaji dasar luar Negara sedang membangun contohnya negara Indonesia dan Malaysia. Hal ini kerana dasar dilaksanakan oleh Negara sedang membangun seperti Indonesia secara kronologinya tidak sama dengan dasar luar Negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain Negara Eropah.

Bagi Negara sedang membangun, faktor utama yang menjadi asas kepada pembentukan dasar luar adalah faktor ideologi, domestik dan sistemik. Sebagai contoh, semasa Perang Dingin berlaku pertembungan kuasa di antara Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Soviet. Hal ini telah merebak ke seluruh pelusuk dunia termasuklah rantau Asia Pasifik. Dasar luar di Negara Sedang Membangun seperti Indonesia pada masa tersebut bergantung kepada ideologi pemimpin sebagai contoh Indonesia pada era Presiden Sukarno lebih memihak kepada Komunis manakala semasa pemerintahan Presiden Suharto pula Indonesia beralih arah kepada meyokong Barat. Hal ini dilihat jelas dalam menerangkan fenomena dasar luar yang terbentuk hasil daripada faktor ideosinkratik dalam Negara Sedang Membangun.

Hubungan antarabangsa ataupun hubungan yang melibatkan Negara dengan Negara diluar sempadan melibatkan dasar luar. Hal ini bermaksud, segala perilaku aktor Negara dalam menjalinkan hubungan dengan Negara lain sebagai contoh hubungan antara Indonesia–Malaysia merupakan di antara dasar luar yang di bentuk oleh kedua-dua Negara. Hubungan yang bersifat bilateral mahupun multilateral ini penting dalam meningkatkan potensi Negara dalam pelbagai peringkat terutamanya ekonomi dan politik. Sesebuah dasar luar dibentuk adalah untuk memenuhi matlamat yang tertentu. Sebagai contoh adalah untuk menjaga kedaulatan dan politik domestik. Selain itu juga, dasar luar penting dalam aspek ekonomi sesebuah Negara.

Dalam menganalisis dasar luar antarabangsa, K.J Holsti mengkelaskan objektif dasar luar kepada tiga kategori iaitu matlamat jangka masa pendek, matlamat jangka pertengahan, dan matlamat jangka masa panjang. Matlamat jangka masa pendek adalah berkaitan dengan soal kebebasan dan kedaulatan sesebuah Negara. Matlamat jangka pertengahan pula merangkumi pelbagai aspek yang menjadi perjuangan sesebuah Negara dalam memenuhi matlamat ekonominya. Matlamat jangka masa panjang pula digunakan oleh Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah dalam mempengaruhi Negara-negara lain untuk mencontohi sistem hidup yang di amalkan supaya seragam antara satu dengan yang lain.[13] Sebagai contoh, Inonesia semasa pemerintahan Presiden Sukarno melalui PKI dilihat mendapat pengaruh Soviet dan China dalam percubaan untuk menjadikan Indonesia sebuah Negara Komunis. Akan tetapi, hal ini menghadapi kegagalan apabila kebangkitan Suharto melalui dasar Orde Baru dan penghapusan ideologi Komunis secara tuntas semasa eranya.

Holsti, North dan Brody (1968) mengasaskan kajian bedasarkan usaha pencarian pertama di mana pendekatan pengunaan analisis dasar di dalam kerangka model stimulasi respon untuk mengkaji interaksi antara unit pembuat keputusan. Bermula dengan stimulasi dan respon serta memasukkan variasi persepsi dalam krisis dan kepekaan isu psikologi yang menerangkan kajian persepsi kontemporari.[14] Snyder, Diessing (1997) dan Lebbow (1981) memfokuskan kepada pembuatan keputusan dalam suatu krisis. Analisis mereka berkisar mengenai kajian kes tentang situasi krisis lewat abad 19 dan 20 dengan matlamat membina teori “international crisis behavior”. Secara tuntasnya, pengetahuan mengenai analisis dasar luar telah mula berkembang semenjak tahun 1950-an lagi. Kajian sarjana terkemuka seperti Snyder, Bruck, Sapin dan Rosenau telah membentuk kajian polisi dasar luar dalam menerangkan kajian dasar luar dengan lebih mendalam sifatnya.

Seperti apa yang di termakan sebagai faktor ideosinkratik yang dilihat banyak mempengaruhi keputusan sesebuah dasar luar sesebuah Negara. Selain daripada itu juga, dasar luar boleh digunakan untuk mengurangkan suasana ketegangan politik dan mengelakkan berlakunya sesuatu konflik atau peperangan serta dapat mewujudkan keseimbangan kuasa atau “balance of power”.[15] Sesebuah dasar luar yang bersifat atau bercorak berbaik-baik dan bertolak ansur akan melahirkan hubungan yang baik dan kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi, politik, ketenteraan serta kebudayaan di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, secara umumnya sesebuah dasar luaran boleh didefinisikan sebagai;

“Reduced to its most fundamental ingredients; foreign policy consists of two elements; national objectives to be achieved and means for achieving them. The interaction between national goals and the resources for attaining them is the perennial subject of statecraft. In its ingredients the foreign policy of all nations, great and small, is the same.” [16]

Justeru, sesebuah keputusan dasar luar dianggap sebagai variabel bersandar dan semua faktor-faktor lain yang dilihat dapat mempengaruhi keputusan-keputusan tersebut dianggap sebagai variabel bebas. Keputusan-keputusan dasar luar boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, misalnya membezakan di antara keputusan yang kritikal, yang dilihat penting dan juga yang biasa. Hal ini juga boleh dikategorikan mengikut isu misalnya isu ketenteraan, politik atau kemanusiaan. Keputusan-keputusan ini juga dikategorikan mengikut kriteria geografik seperti Timur-Barat, Utara-Selatan, Barat-Barat, Timur-Timur, dan Selatan-Selatan.

Kesimpulannya, dasar luar amat penting dalam membentuk hala tuju sesebuah Negara dalam sistem antarabangsa. Perilaku aktor-aktor pembuat dasar luar khususnya pemimpin dilihat begitu penting dalam penentu bentuk atau tindakan sesebuah dasar luar. Dalam hal, kajian-kajian Sarjana terkemuka seperti Snyder, Rosenau, Sapin, Bruck, Webber, Hudson dan lain-lain dilihat penting dalam menganalisis pembentukan dasar luar.

3.3 Analisis Terhadap Variabel-Variabel Yang Mempengaruhi Dasar Luar

Dasar luar dari aspek lain boleh didefinisikan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalankan hubungan dengan Negara lain. Dasar luar penting kerana ianya mempengaruhi tingkah laku Negara tersebut serta suasana hubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah mahupun serantau. Sesebuah dasar luar Negara bukanlah terbentuk secara neutral atau semula jadi. Akan tetapi sesebuah dasar luar di bentuk selalunya melalui pelbagai peringkat yang kompleks. Analisis ini berkaitan variabel-variabel yang mempengaruhi dasar luar sesebuah Negara.

Variabel dasar luar adalah analisis James N. Rosenau mengenai pembentukan dasar luar. Beliau telah mengumpulkan variabel-variabel ini kepada lima kategori utama iaitu variabel idiosinkratik, variabel peranan, variabel birokratik, variabel nasional dan variabel sistematik. Variabel idiosinkratik merupakan variabel yang berkaitan dengan persepsi, imej, dan ciri-ciri peribadi pembuat dasar luar. Sebagai contoh adalah seperti sikap berhati-hati, terburu-buru, berlembut, tegas dan sebagainya.[17]

Tidak dapat dinafikan bahawa ciri-ciri psikologi dan kecenderungan ideologi pemimpin dan pembuat dasar mempunyai pengaruh ke atas dasar-dasar yang di bentuk. Variabel ini dikatakan lebih menonjol di Negara-negara “authoritarian” [18] jika berbanding dengan Negara-negara demokrasi di mana wujud “check and balance” dalam kerajaan serta pengaruh akhbar, kumpulan-kumpulan pendesak dan rakyat. Sebagai contoh, Negara Indonesia semasa pemerintahan Presiden Suharto telah melaksanakan Order Baru yang dilihat mencerminkan ideologi beliau sendiri. Terdapat frasa-frasa dalam pembentukan Order Baru terutamanya fasa kedua yang dilihat jelas mencerminkan peranan ideosinkratik dalam pembuatan dasar luar Indonesia, di mana Suharto bangkit dalam melaksanakan dasar-dasar yang berlandaskan ideologi beliau.

Variabel peranan pula merupakan bidang tugas atau panduan sebenar tingkah laku pemimpin dan golongan elit lain seperti menteri, pegawai tinggi dalam birokrasi, senator dan lain-lain yang mempengaruhi, membentuk dan melaksanakan dasar-dasar luar. Variabel ini adalah sesuai untuk menerangkan sesuatu keputusan program dan taktikal “programmatic and tactical decisions” didalam sistem demokratik dimana perlakuan pemimpin sentiasa di dalam perhatian rakyat. Sekiranya pemimpin tidak mengikut lunas-lunas yang di tetapkan, kemungkinan beliau akan disingkirkan daripada jawatannya. Sebagai contoh seperti Presiden Richard Nixon dalam skandal Watergate, Idi Amin di Uganda, Sonsuke Uno di Jepun, Ortega di Nicaragua atau Marcos di Filipina. Hal ini turut berlaku di Indonesia dimana kebanyakkan Presiden Negara tersebut di singkir dan digulingkan akibat daripada Variabel ini termasuklah Presiden Sukarno dan Presiden Suharto sendiri.[19]

Selain daripada itu, Variabel Birokratik turut penting dalam analisis dasar luar. Variabel ini mengambil kira struktur kerajaan dan kesannya terhadap dasar-dasar luar yang dibentuk. Menurut beberapa pandangan kompleksiti birokratik “bureaucratic complexity’”merupakan ciri-ciri normal bagi Negara Mundur. Pandangan ini adalah mengenai dasar luar adalah sebuah instrument khas untuk kepentingan Negara bangsa. Birokrasi di sini terdiri daripada organisasi kerajaan, prosedur operasi, agensi birokratik yang utama, proses pembentukan dasar, teknik perlaksanaan dasar dan sikap pegawai-pagawai birokratik berhubung dengan kesan dasar luar ke atas dasar domestik dan keatas negara amnya.[20]

Variabel nasional turut memainkan peranan penting dalam sesebuah dasar luar. Dalam hal ini, variabel nasional yang terdiri daripada persekitaran seperti saiz, kedudukan geografi, bentuk muka bumi, iklim dan sumber-sumber Negara bangsa. Hal ini dapat dikesan apabila negara-negara yang strategik akan megamalkan strategi ofensif misalnya mengetatkan keselamatan di kawasan sempadan seperti mewujudkan “buffer zone” ataupun mendapatkan bantuan daripada Negara yang lebih kuat terutamanya Negara Maju. Sebagai contoh, Singapura yang dilihat mempunyai kedudukan yang strategik di rantau Asia Pasifik berasa tidak selamat kerana dikelilingi oleh negara-negara majoriti Islam dan juga Melayu seperti Malaysia dan Indonesia. Oleh sebab itu, Singapura mempertingkatkan keselamatan ketenteraan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan Negara Amerika Syarikat sebagai langkah keselamatan jangka masa panjang. Negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tidak strategik pula cenderung kearah mengamalkan strategi defensif dan mengelakkan pakatan dengan Negara-negara lain yang boleh menjejaskan kedaulatan Negara.[21]

Faktor ciri-ciri kependudukan geografik seperti saiz, dan kepadatan pendudukkan misalnya saiz dan kepadatan penduduk serta statistik utama penduduk seperti pengagihan umur, tahap celik huruf dan kesihatan. Selain itu juga, keluaran Negara kasar, keupayaan industri dan pertanian, tingkat pembangunan ekonomi, keupayaan tentera turut merupakan di antara beberapa lagi yang terkandung dalam variabel nasional.

Di samping itu, empat lagi variabel nasional yang perlu dititikberatkan adalah ciri penduduk, budaya, keinginan bersama dan sejarah Negara bangsa. Pengalaman sejarah sesebuah Negara amat berpengaruh ke atas intipati, arah, kualiti dan intensiti dasar luarnya. Tuntasnya, tindakan bersama variabel-variabel ini akan memberi kesan yang sangat penting ke atas keputusan-keputusan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Negara.

Akhir sekali adalah Variabel sistematik yang merujuk kepada variabel-variabel luaran ataupun apa yang digelar sebagai “systemic level”. Hal ini amat mempengaruhi dasar luar sesebuah Negara sebagai contoh kesan keseimbangan kuasa terhadap dasar luar sesebuah Negara adalah berbeza jika dibandingkan semasa era Perang Dingin.[22] Dalam hal ini, semasa era Perang Dingin, wujud dua kuasa iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang telah mempengaruhi fenomena sistem antarabangsa.

Negara-negara terutamanya Negara sedang membangun sebagai contoh Indonesia harus akur terhadap kuasa kedua-dua Negara dan harus membuat dasar luar yang condong samada di pihak Amerika Syarikat mahupun Kesatuan Soviet. Selain itu juga, Variabel sistematik seperti struktur sistem antarabangsa, Undang-Undang antarabangsa, organisasi antarabangsa, pakatan, pengantungan, tindakan dan mati sesebuah Negara mempengaruhi atau memberi kesan ke atas pembentukan dasar samada secara objektif ataupun subjektif.

3.4 Faktor Yang Mempengaruhi Dasar Luar Indonesia, 1967-1998

Dalam analisis dasar luar Indonesia era pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1967-1998 dilihat bahawa dasar luar yang dilaksanakan oleh Suharto dan kerajaan pimpinanya di pengaruhi oleh pelbagai faktor. Dasar luar Suharto dilihat lebih liberal dan berpaksikan Barat terutamanya Amerika Syarikat. Hal ini dapat dilihat kerana dasar penentangan beliau terhadap Komunis melalui dasar yang telah mengorbankan jutaan nyawa yang tersangka komunis. Penganalisis dasar luar melihat dasar Presiden Suharto ini sebagai dasar yang pro-Barat dan liberal.[23]

Dari sudut ekonomi, dasar keterbukaan Indonesia melalui sistem ekonomi kapitalisme dapat dilihat melalui pelbagai rencana yang telah Suharto laksanakan. Keterbukaan di sini merupakan agenda Suharto dan kerajaan dalam memperbaiki ekonomi Indonesia yang sebelum ini dilihat bersifat tertutup akibat dasar Presiden Sukarno yang melaksanakan dasar pro-Komunis dan prejudis terhadap Blok Barat terutamanya Amerika Syarikat. Suharto sedar bahawa kuasa ekonomi selepas keruntuhan Kesatuan Soviet amat di pengaruhi dan dikawal oleh kuasa ekonomi kapitalis Barat.

Dalam hal ini, Suharto telah mempertingkatkan ekonomi serta memberi ruang kapitalis luar dalam menyuntik pelaburan dalam Negara Indonesia. Industri bertunjangkan kapitalisme didirikan semasa pemerintahan Suharto serta kemasukan pelabur asing dilihat telah mewarnai ekonomi Indonesia dan telah membantu dalam mempertingkatkan ekonomi Negara Indonesia. Melalui dasar Presiden Suharto dengan pelabur-pelabur dan usahawan tempatan, beliau telah memperkenalkan “cukong system” [24] yang telah memperlihatkan ekonomi Indonesia pesat membangun serta tumbuhnya usahawan golongan Bumiputera dan juga golongan Tionghoa atau Cina. Akan tetapi, dasar Suharto terhadap ekonomi dilihat tidak konsisten semasa pemerintahanya. Suharto sering kali berubah dari segi pendiriannya dalam menjamin kelansungan usahawan-usahawan golongan minoriti Cina yang dilihat telah menimbulkan konflik iaitu rusuhan Mei 1998. Hal ini turut menjadi faktor terhadap kejatuhan Politik Suharto pada tahun 1998.

3.4.1 Faktor Idiosinkratik

Semasa menjadi Presiden selepas mendapat surat perintah sebelas Mac “supersemar”, Suharto dilihat telah memulakan beberapa dasar penting dalam kerajaan Indonesia. Selari dengan misi dan visi Order Baru yang diwujudkan bagi mengantikan Order Lama, Suharto telah mula mengorak langkah dalam mengubah polisi utama Negara Indonesia terutamanya dalam isu pendirian Indonesia di peringkat antarabangsa. Diantara faktor yang dilihat telah mempengaruhi dasar luar Indonesia adalah faktor idiosinkratik.

Idiosinkratik menurut Mokhtar Muhammad adalah keputusan yang berkaitan dengan persepsi, imej, dan ciri-ciri peribadi pembuat-pembuat dasar.[25] Leo Suryadinata pula menklasifikasikan idiosinkratik sebagai faktor keperibadian dalam politik dasar luar negeri.[26] Valerie M. Hudson pula menyentuh dalam penulisan beliau mengenai “The Individual Decisionmaker: The Political Psychology of World Leader” [27] yang memperbincangkan faktor individu seperti faktor golongan elit terutamanya Presiden atau Perdana Menteri amat mempengaruhi sesebuah dasar luar Negara. Faktor idiosinkratik ini dikatakan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi dasar luar Negara. Dengan erti kata lain;

“The elite perceptions and idiosyncratic factors influenced their foreign policy decisions and their position in bipolar world”.[28]

Pada tahun 1967-1998, Suharto dilihat telah melaksanakan pelbagai dasar luar dan di analisiskan bahawa terdapat beberapa peringkat dalam 32 tahun pemerintahan beliau mencerminkan beberapa perubahan besar dalam dasar luar negara Indonesia. Presiden Suharto yang pada mulanya dilihat tidak berminat terhadap dasar luar telah menyerahkan kuasa kepada Menteri Luar Indonesia pada masa itu iaitu Adam Malik. Adam Malik dilihat mempengaruhi keputusan dasar luar dan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh saranan Suharto.[29] Sebagai contoh, Adam Malik pernah melakukan perjumpaan sulit bersama pemimpin Malaysia seperti menghantar pewakilan pada Mei 1966 dalam proses perbincangan untuk mengadakan normalisasi hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang keruh semasa pemerintahan Presiden Sukarno.[30]

Peranan faktor idiosinkratik telah mempengaruhi keputusan dasar luar Indonesia terutamanya keputusan Adam Malik dan Presiden Suharto yang dilihat bersifat keputusan individu. Akan tetapi, setiap keputusan ini juga dianalisis dan dilihat tidak berdiri dengan sendirinya. Hal ini kerana pengaruh daripada tekanan domestik seperti desakkan ekonomi yang kritikal memaksa Suharto mengambil keputusan untuk menamatkan permusuhan dengan negara serantau yang dilihat olehnya sebagai tidak mendatangkan sebarang keuntungan dan malah lebih membawa kepada kesan yang negatif.

Keputusan idiosinkratik ini turut dipengaruhi oleh faktor sistemik yang dilihat pada masa itu wujudnya sistem bipolar dalam sistem antarabangsa yang menyaksikan keputusan Presiden Suharto untuk condong kepada Barat kerana dilihat olehnya lebih mendatangkan kesan yang baik. Jelas disini bahawa ketiga-tiga faktor ini saling bergantungan antara saru dengan yang lain dan saling berkepentingan.

Pada mulanya, semasa pemerintahan Presiden Sukarno iaitu selepas Indonesia mendapat kemerdekaan daripada kuasa Belanda, Sukarno telah memulakan polisi terhadap berkerjasama dengan Negara komunis seperti Kesatuan Soviet dan juga Republik Rakyat China. Dasar Sukarno ini yang prejudis terhadap dasar demokrasi dan dasar kapitalis Barat telah membawa kepada dasar tutup pintu Negara Indonesia. Akan tetapi, setelah berlakunya peristiwa gerakkan tiga puluh September atau G30S/PKI yang dilihat telah menyebabkan Sukarno jatuh dari takhta dan kebangkitan kuasa Suharto, dasar luar Indonesia telah berubah secara dramatik.

Setelah kebangkitan Suharto pada 1967, beliau telah merubah dasar Indonesia kepada dasar pro-Barat dan telah mula menjalinkan hubungan dengan negara Barat terutamanya Amerika Syarikat. Hal ini dilihat merupakan kesan daripada faktor ideosinkratik di mana jika dilihat daripada latar belakang Suharto yang mendapat pendidikan dan gaya hidupnya lebih cenderung membawa Indonesia dalam politik berasaskan Barat. Ideologi yang berbeza antara Sukarno dan Suharto jelas membawa Indonesia mengikut acuan ideologi masing-masing.

Selain daripada itu, Suharto turut melaksanakan dasar penghapusan elemen-elemen pengaruh Komunis yang masih berpengaruh di dalam Parlimen dengan menangkap beberapa Menteri dan orang disyaki sebagai komunis. Dasar Suharto ini dilihat di pengaruhi oleh kepentingan atau mempunyai matlamat tersendiri seperti hendak menjaga kuasa yang ada padanya supaya tidak jatuh di dalam tangan komunis. PKI atau Parti Komunis Indonesia iaitu parti yang menyokong Sukarno turut dibubar dan banyak pejuang PKI dipenjarakan serta dijatuhi hukuman mati.[31]

Suharto telah membubarkan Parlimen dan seterusnya menubuhkan Parlimen baru yang dinamakan sebagai “Karbinet Pembangunan”[32] dengan melantik Menteri dan Pegawai yang berpihak kepada beliau.[33] Jelas disini bahawa setelah wujudnya Parlimen baru yang berpihak kepada Presiden Suharto telah membawa kepada hala tuju dasar luar bedasarkan pengaruh idiosinkratik yang jelas dengan pengaruh Presiden Suharto yang kuat dalam Parlimen.

Dasar Luar Indonesia pula dilihat semakin menampakkan hubungan baik serantau dimana Suharto telah menamatkan konfrontasi yang telah dilancarkan oleh Presiden Sukarno sejak 1963-1966. Seperti yang diperkatakan mengenai pembentukan hubungan baik atau normalisasi hubungan Indonesia-Malaysia sekaligus telah membawa kepada penamatan Konfrontasi.[34] Dalam hal ini idosinkratik dilihat mempengaruhi keputusan dasar luar Indonesai era Presiden Suharto. Jelas sekali Suharto yang pro kepada Barat enggan meneruskan konfrontasi kepada Malaysia kerana Malaysia adalah Negara bekas naungan British yang juga sekutu kepada Amerika Syarikat. Ideologi yang sama turut dilihat dalam kepimpinan Tun Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu yang jelas sekali mempunyai nilai anti-komunisme. Menurut Tunku Abdul Rahman;

“It is sheer hypocrisy to suggest that when democracy is attacked we should remain silent and consider ourselves at peace with the world. Small as we are, we are not cowards and we are not hypocrites. In fact, today neutralism is not guarantee of one’s safety. India was neutral before she was attacked. Many other countries will soon find themselves in the same predicament”.[35]

Jelas peranan individu seperti pemimpin dan golongan elit bukan sahaja di Indonesia, malah di negara lain seperti Malaysia dan Amerika Syarikat turut kuat pengaruhnya. Jika dilihat dari negara lain, dasar luar yang dipengaruhi oleh faktor idiosinkratik ini membolehkan beberapa pemimpin lebih terkenal. Hal ini kerana sifat peribadi yang jelas dalam mengaplikasi sesebuah dasar luar. Dalam hal ini, lebih ramai yang mengenali Ehud Olmert sebagai Perdana Menteri Israel daripada Moshe Katzav atau Canselor Jerman Angela Merkel daripada Horst Kohler, Presiden Jerman. Di samping itu, tidak dapat dinafikan pengaruh daripada faktor domestik dan sistemik di mana menimbulkan persoalan iaitu apakah tindakan menyerang Afghanistan pada penghujung tahun 2001 datang daripada Presiden Bush seorang?, dan Jika tidak, siapakah dibelakang Bush dan apakah pekiraan disebalik tindakan yang akan diambil di kalangan penasihat-penasihat Bush.

Akan tetapi, semestinya idiosinkratik terutamanya golongan elit dalam merumus dasar luar amat besar pengaruhnya. Dalam hal ini, di Perancis misalnya dasar luar cukup tertumpu kepada Presiden dan Istana Elysee dan Menteri Luar akan terpaksa berkerja dengan Presiden daripada Perdana Menteri. Keupayaan Pemimpin Negara dilihat cukup penting dalam membentuk dasar luar. Hal ini kerana faktor idiosinkratik memperlihatkan peranan penting golongan ini. Dalam hal ini, ramai pemimpin tersohor yang dilihat telah meninggalkan kesan kepada dasar luar negara termasuklah Presiden Nixon, Miterrand, Brandt, Tun Mahathir, dan Suharto.[36]

Setelah kebangkitan Suharto melalui Supersemar, Suharto membaiki status keahlian Indonesia dalam PBB di mana mempunyai masalah semasa era Sukarno.[37] Suharto dilihat lebih bersifat liberal dalam usaha kerjasama serantau dalam mempersetujui penubuhan Malaysia yang sebelum itu ditentang oleh Sukarno.

Seterusnya Presiden Suharto bersama-sama Tunku Abdul Rahman iaitu perdana menteri Malaysia pada masa itu berusaha dalam mewujudkan ASEAN iaitu sebuah organisasi serantau dalam konteks memelihara hubungan rantau Asia Pasifik. Setelah beberapa dasar luar yang telah dilaksanakan oleh Suharto jelas memperlihatkan kesan ideosinkratik mempengaruhi dasar luar Indonesia era beliau. Keperibadian Suharto yang dilihat liberal telah membawa Indonesia kearah yang berbeza berbanding Indonesia sebelumnya.

Selain daripada itu, pengaruh faktor idiosinkratik terhadap dasar luar Indonesia dapat dilihat dalam aspek budaya politik dan elit politik dasar luar. Budaya politik Indonesia disini didefinisikan sebagai tradisi dan nilai-nilai yang dilihat mempengaruhi perilaku politik masyarakat Indonesia. Hal ini termasuklah budaya dalam politik Islam nominal dan tradisi otoriter yang disebut oleh segelintir masyarakat sebagai “feudal”.

Pengaruh dua sub-budaya iaitu abangan dan santri dilihat amat mempengaruhi dasar luar Indonesia.[38] Sub-budaya ini dilihat mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Jawa yang merupakan etnik majoriti dan dilihat penting di Negara Indonesia. Hal ini kerana mereka ini dilihat cenderung dalam mendominasi politik di negara Indonesia.

Jawa abangan dikenali sebagai Islam nominal atau liberal dan disebut juga sebagai Agami Jawi atau “the religion of Java”. Mereka ini merupakan variasi daripada Islam Jawa dan sistem kepercayaan ini merupakan campuran dari kepercayaan asli, Hinduisme, dan Islam. Unsur-unsur pra-Islam dilihat begitu menebal dan memperlihatkan Jawa abangan ini menentang pembentukan Negara Islam[39]. Dalam hal ini mereka ini dilihat sebagai sebuah kumpulan yang lebih menyukai Negara Indonesia Sekuler daripada Islam atau agama lain sebagai dasarnya.

Kelompok Jawa lain selain Jawa abangan tadi digelar sebagai santri dan dari segi jumlah, mereka ini lebih sedikit dan tergolong daripada golongan yang aktif dalam sektor ekonomi. Berbanding daripada golongan abangan, santri dilihat lebih Islam dengan watak “fundamentalis”. Mereka dilihat ingin mengislamkan masyarakat Indonesia dengan menghapuskan budaya pra-Islam. Mereka ini dikatakan mengiginkan sebuah Negara Islam sepenuhnya di mana Islam memainkan peranan yang utama.[40]

Dalam hal ini, perjuangan antara abangan dan santri Jawa dalam politik telah mewujudkan konflik antara kelompok Pancasila dan kelompok Islam. Sejak tahun 1945 lagi, Presiden Sukarno dilihat telah memformulasikan Pancasila yang dianalisiskan sebenarnya adalah konsep abangan mengenai sebuah Negara yang moden. Konsep ini termasuklah Undang-Undang Dasar 1945.[41]

Ideologi Pancasila dilihat mengakui pluralism dalam keagamaan di Indonesia, tidak memberikan Islam peranan yang penting dalam Negara sekalipun 87% daripada populasi Indonesia adalah terdiri daripada penduduk yang beragama Islam. Kelompok santri pula dilihat menuntut untuk memperjuangkan “Piagam Jakarta” dimana tercantum suatu fasal yang mewajibkan keseluruhan umat Islam untuk mematuhi hukum syariah. Akan tetapi, Piagam Jakarta telah ditolak dan dicantumkan dengan Undang-Undang Dasar 1945. [42]

Pancasila dilihat sebagai ideologi Negara Indonesia sejak pemerinhtahan Presiden Sukarno lagi dan ini turut didokong oleh Suharto dengan ucapan beliau yang mengatakan bahawa;

“The Democracy that we practice is Pancasila. Briefly its major characteristics are its rejection of poverty, backwardness, conflicts, exploitation, capitalism, feudalism, dictatorship, colonialism and imperialism. This is policy I have chosen with confidence.” [43]

Perihal ini jelas dalam mencerminkan ideologi Presiden Suharto berpihak kepada abangan yang menyokong Pancasila. Semasa Indonesia mendapat kemerdekaan lagi, kepimpinan abangan dilihat amat berpengaruh dan menaruh perhatian kepada ideologi Negara. Akan tetapi, pegangan abangan terhadap ideologi Negara semata-mata ini ditolak oleh parti-parti politik Islam seperti Masyumi dan Nahdlatul Ulama yang dilihat sebagai Parti santri. Sebagai akibatnya pada masa itu, Sukarno telah membubarkan Dewan Konstituante dan mengesahkan kembali Undang-Undang Dasar 1945.[44]

Di bawah pemerintahan Presiden Suharto pada 1985, Pancasila disahkan sebagai satu-satunya ideologi bagi seluruh organisasi massa di Negara Indonesia. Sebagai contoh, keinginan Indonesia dalam menjadi pemimpin Gerakkan Non-Blok daripada suatu Gerakkan Islam. Dalam hal ini, Indonesia mendokong Organisasi Pembebasan Palestin atau “PLO” bedasarkan kepada prinsip kemerdekaan nasional daripada prinsip agama. Dalam hal ini, dasar luar Indonesia dilihat amat dipengaruhi oleh faktor idiosinkratik kerana dasar luar yang dilaksanakan berlandaskan ideologi yang didokong dan pengaruh pemimpin terutamanya golongan elit.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi kesilapan jika mengatakan dasar luar Indonesia tidak pernah langsung dalam mempertimbangkan Islam. Pertimbangan tersebut dilihat terutamanya kebelakangan semenjak kebangkitan kembali Islam di dalam sfera pengaruh domestik dan sistemik. Seperti yang diandaikan bahawa faktor idiosinkratik dikatakan tidak berdiri dengan sendiri dan sentiasa dipengaruhi dan saling dipengaruhi oleh elemen faktor domestik dan sistemik. Dalam hal ini, Islam dikatakan mula berkembang dan sebagai contoh mengenai isu di Malaysia dan Indonesia dimana dasar luar Malaysia dan Indonesia terhadap Negara Timur Tengah telah dipengaruhi oleh pertimbangan Islam di bawah tekanan politik dalam negeri,[45] maka Islam turut penting dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia dan Malaysia tetapi bukanlah sebagai faktor yang utama.

Dalam hal yang lain, peranan Suharto dalam membentuk dasar luar turut jelas dalam bukunya iaitu “buku nukilan dan otobiografi”[46] beliau yang merungkai inti pati penguasaan Jawa dalam politik dasar luar Indonesia. Buku nukilan semasa ulang tahun ke-64 beliau pada 1983 menurut kalendar Jawa. Buku ini dihasilkan untuk anak-anak beliau sebagai panduan hidup mereka. Selain daripada itu buku ini juga sebagai manifestasi keyakinan peribadi Presiden Suharto dan berasal daripada 13 sumber yang kesemuanya daripada adat-istiadat dan klasik Jawa, termasuklah buku-buku kebatinan.

Dalam hal ini tidak terdapat bab mengenai agama, namun terdapat bahagian yang menyentuh mengenai kehidupan spiritual atau kerohanian yang sangat dekat dengan kebatinan Jawa. Menurut Suharto;

“Tuhan adalah Satu, hadir di mana-mana, abadi, pencipta alam semesta dan semua itu ada di sana, disembah lebih dari dunia”.[47]

Dalam analisis ini dilihat Suharto begitu bangga dengan asal usul Jawanya dan ia pernah menyatakan dalam nukilan dan otobiografinya bahawa beliau mempunyai budaya Jawa yang berakar secara mendalam. Keperibadian beliau dilihat sebagai pengaruh besar dalam pembentuk dasar luar Indonesia sehingga segelintir

Sarjana mengelar beliau sebagai “Soeharto sebagai Perumus Politik Luar Negeri”.[48] Peranan Islam berubah setelah Presiden Suharto menunaikan Haji pada tahun 1991 ketika usianya 70 tahun.[49] Pada tahun 1991 ini merupakan ambang kejatuhan Suharto di mana sokongan daripada militer iaitu ABRI kelihatan mulai berkurangan. Beliau secara jelasnya mula beralih arah untuk mendapat perhatian dan sokongan masyarakat Islam di Indonesia iaitu selama pemilihan Presiden pada tahun 1993. Hal ini mula memperlihatkan dasar luar yang berat kepada majoriti masyarakat Islam di Indonesia bagi membantu beliau dalam memenangi hati rakyat.

Latar belakang abangan dan Jawanisme yang kuat dari Presiden Suharto telah mewarnai sikapnya terhadap dasar luar Negara Indonesia. Pekara ini boleh dikelaskan iaitu pertama mengenai dasar luar Negara Suharto terutamanya sebelum tahun 1990-an yang dilihat tidak berasaskan pertimbangan Islam. Kedua adalah perasaan Jawaisme yang kuat pada beliau dilihat telah mendorong untuk memandang dunia daripada pandangan Jawa iaitu Jawa sebagai pusat dunia, dan Indonesialah yang telah ditakdirkan untuk memainkan peranan penting dan dominan dalam masalah-masalah dunia.[50]

Selain daripada itu, faktor yang ketiga adalah warisan tradisi Jawa yang dimiliki oleh beliau menyebabkan ia mempengaruhi pembuatan keputusan dan hal ini tidak hanya dalam politik dalam negeri mahupun dalam pembentukan dasar luar namun telah menjadi fakta bahawa pembentukan dasar luar didasari oleh kepimpinan Presiden Suharto dan melebihi peranan dan orang lain atau orang bawahannya yang dilihat mulai terbatas.[51]

Dalam melihat pengaruh Jawa dalam diri Suharto dan seterusnya mempengaruhi dasar luar Indonesia, Suharto sendiri pernah mengucapkan bahawa;

“seorang penguasa harus mengikuti tradisi Jawa. Sebagai seorang penguasa yang sangat kuat, ia melihat Negara sebagai istananya dan setiap orang adalah pembantu yang selayaknya melayaninya. Ia adalah pusat kekuasaan dan lainnya harus mematuhi perintahnya”.[52]

Pemikiran seperti ini dilihat cuba untuk menyerapkan elemen idiosinkratik pemimpin dalam merumus sebuah keputusan dasar luar terutamanya dalam kes Indonesia. Namun tidak dapat dinafikan Negara-negara lain turut mempunyai pengaruh yang sama dalam mempengaruhi dasar luar seperti dasar luar Negara Iran di bawah pemerintahan Ayatollah Khomeni, Malayisa di bawah Tun Mahathir, Iraq di bawah Saddam Hussein, Thaksin di Thailand, Fidel Castro di Cuba, dan lain lain yang dilihat mempunyai pengaruh idisinkratik yang mendalam dalam membuat sesebuah keputusan dasar luar. Menurut Koentjaraningrat iaitu seorang ahli antropologi terkenal mengatakan bahawa;

“masyarakat di Indonesia telah ditata dari atas-bawah, dan dari pusat kearah pinggiran. Kebijakan (dasar luar) dan keputusan dari atasan tentu saja tetap merupakan faktor penentu yang penting dalam kehidupan sehari-hari”.[53]

Perihal ini sebagai pemahaman yang cuba untuk menerangkan bahawa penentu dalam setiap keputusan sesebuah dasar luar Indonesia adalah berada dalam tangan Presiden yang dilihat begitu berpengaruhi dan mempengaruhi. Selain daripada itu juga, banyak lagi yang harus diperbincangkan mengenai peranan elit politik dasar luar Indonesia.

Sejak kemerdekaan hingga pemerintahan Suharto, Indonesia memiliki dua orang Presiden yang dilihat begitu mempengaruhi keputusan dasar luar Indonesia. Dalam hal ini dilihat tidak dapat dinafikan bahawa setiap keputusan dasar luar dipengaruhi oleh kedua-dua pemimpin ini. Latar belakang Jawa abangan dan penolakkan mereka untuk mempertinbangkan beberapa aspek Islam seperti pembentukan “Republik Islam” telah deperdebatkan. Dianalisiskan bahawa kedua-dua pemimpin ini adalah produk kepada revolusi atau gerakkan nasionalis Indonesia.

Dengan mempelajari latar belakang Presiden Indonesia[54] dan Menteri Luar Indonesia, adalah dapat disimpulkan bahawa konsep abangan dan nasionalis sekuler cenderung menjadi dominan di antara para pembuat keputusan.[55] Selain daripada itu, peranan Perdana Menteri[56] turut tidak dilupakan dalam memahami pengaruh dasar luar Indonesia. Setelah Suharto menjadi Presiden pada 1967, Adam Malik[57] dilantik sebagai Menteri Luar Negeri. Beliau telah menduduki jawatan tersebut dari tahun 1966-1978 ketika menjadi wakil Presiden. Pengantinya, Mochtar Kusumaatdja adalah seorang Professor dalam Undang-Undang Antarabangsa telah mengambil alih jawatan selama hampir sepuluh tahun iaitu pada tahun 1978-1988.[58] Dalam hal ini, kedua-dua Menteri Luar ini dilihat sebagai “nasionalis-sekuler” yang berpendidikan Barat. Menteri Luar negeri yang baru iaitu Ali “Alex” Alatas iaitu seorang diplomat dipilih pada tahun 1988 dan juga berasal dari kelompok yang sama.

Secara jelasnya, perbincangan ini adalah mengenai kaitan antara ideologi pemimpin terutamanya golongan elit seperti Presiden, Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri di Kabinet dalam mempengaruhi keputusan sesebuah dasar luar. Selain daripada itu juga, dasar luar Indonesia lebih diformulasikan oleh golongan elit daripada “massa” melalui proses demokrasi. Golongan elit ini dipengaruhi oleh budaya politik dan pengalaman sejarah di saat membuat keputusan sesebuah dasar luar. Latar Belakang abangan dan perasaan nasionalisme yang begitu mendalam pada golongan elit ini dilihat telah mempengaruhi dasar luar Indonesia.

Perihal ini dapat dilihat dalam dasar luar Indonesia terhadap isu di Timur Tengah dan penolakkan terhadap pangkalan militer asing di Indonesia. Akan tetapi, kemampuan Indonesia yang terbatas telah mempengaruhi perilaku antarabangsa mereka. Faktor-faktor yang dikatakan sebagai faktor yang penting yang dibicarakan di atas telah banyak mewarnai dasar luar Indonesia sepanjang Suharto menjadi Presiden di Indonesia. Dalam hal ini juga, jelas bahawa andaian asas atau proposisi mengenai faktor idisinkratik telah banyak mempengaruhi keputusan dasar luar Negara Indonesia. Akan tetapi tidak dinafikan bahawa setiap keputusan tersebut dilihat saling mempengaruhi antara faktor idiosinkratik, domestik dan sistemik yang masing-masing diperlukan dalam menganalisis dasar luar.

3.4.2 Faktor Domestik

Faktor lain yang mempengaruhi dasar luar Indonesia era Presiden Suharto adalah faktor domestik atau faktor dalaman. Faktor dalaman seperti variabel nasional yang dijelaskan oleh James Rosenau dilihat amat mempengaruhi dasar luar Indonesia. Penduduk yang padat di Indonesia memperlihatkan peranan domestik amat penting dalam mewarnai dasar luar Indonesia. Faktor-faktor dalaman seperti persekitaran, saiz, kedudukan geografi, bentuk muka bumi, iklim, dan sumber-sumber Negara bangsa amat mempengaruhi dasar luar Indonesia. Sebagai contoh, Negara Indonesia yang merupakan sebuah Negara yang paling luas dan besar di rantau Asia Pasifik amat penting dalam dalam menjaga setiap kawasan jajahanya di mana dasar luar yang di bentuk haruslah bersesuaian dan memuaskan kehendak serta keperluan setiap kawasan.

Pengaruh Komunis di rantau Asia Pasifik telah memperlihatkan kebimbangan Suharto kerana kedudukan Indonesia dan saiz yang luas memudahkan pegerakan komunis untuk menyelusup masuk ke Indonesia. Selain daripada itu, analisis mengenai faktor domestik ini telah menimbulkan persoalan seperti, “how were these factors important in foreign policy decisions” [59] dan persoalan ini akan dijawab dalam menerangkan dengan membincangkan terhadap penerangan mengenai faktor ekonomi dan politik secara jelas.

Justeru, Suharto mengunakan kuasanya dalam memerintah ABRI sekaligus bertujuan mempertahankan Negara daripada ancaman luar. Indonesia selepas kebangkitan Suharto dilihat mengunakan strategi ofensif dan memerlukan bantuan Negara kuat terutamanya Amerika Syarikat dalam menjamin kestabilan rantau Indonesia. Akan tetapi hubungan Indonesia–Amerika Syarikat tidak berlangsung secara formal atas dasar kedaulatan dan hanya menerima bantuan kelengkapan militari daripada Amerika Syarikat. Selain daripada itu, gaya hidup masyarakat di Indonesia terutamanya majoriti peribumi khususnya masyarakat etnik Jawa dilihat banyak mempengaruhi dasar luar Indonesia.

Konsep serumpun dengan bumiputera terutamanya etnik Melayu di Malaysia memperlihatkan Suharto membawa Indonesia kearah hubungan baik dengan Malaysia. Daripada aspek sejarah kedua-dua buah Negara yang dilihat mempunyai ikatan dan persamaan di antara faktor yang menetukan dasar luar Indonesia-Malaysia. Selain itu, desakan domestik seperti tentera atau ABRI yang merupakan sekutu Suharto turut di berikan perhatian. Setiap dasar yang dilaksanakan mementingkan matlamat domestik seperti masyarakat dan ketenteraan.

Selain daripada itu, dasar luar yang dipengaruhi oleh pengaruh domestik dapat dilihat dalam isu hubungan Jakarta-Peking dimana Suharto telah memutuskan hubungan tersebut yang telah terjalin sejak pemerintahan Sukarno. Hal ini kerana Republik Rakyat China dilihat sebagai simbol kepada Komunis dan terdapat syak bahawa Republik Rakyat China banyak membantu pegerakan perjuangan PKI di Indonesia. Oleh sebab itu juga PKI telah dibubarkan dan timbul perasaan prejudis terhadap kaum Tionghoa atau Cina di Indonesia semasa era Presiden Suharto. Dasar dalam memutuskan hubungan dengan Republik Rakyat China ini juga diperbincangkan dalam pengaruh faktor idiosinkratik yang sebelumnya. Hal ini kerana ketiga-tiga faktor ini adalah saling berkaitan dan saling mempengaruhi.

Faktor kemiskinan dan kemelesetan ekonomi terutamanya kejatuhan nilai matawang Rupiah Indonesia telah memberi implikasi yang besar terhadap pembentukan dasar luar Indonesia. Dasar ekonomi tutup pintu terhadap Barat yang dilaksanakan oleh Sukarno dilihat menjadi punca kepada sistem ekonomi yang terbantut. Oleh sebab itu, Suharto dilihat perlu dalam melaksanakan dasar luar yang mengambil kira ekonomi domestik dalam membaiki ekonomi dan pembangunan Negara Indonesia. Suharto telah mula membuka pintu ekonomi Indonesia dengan menerima kapitalis luar terutamanya Amerika Syarikat dalam menjalankan perusahaan dan pelaburan di Indonesia. Indonesia era Presiden Suharto turut telah membuat pinjaman IMF daripada Bank Dunia dilihat sebagai dasar dalam membaiki struktur ekonomi Indonesia dan sekaligus mengikat tindakan Jakarta dalam membentuk dasar luar. Bantuan kewangan diterima daripada Negara Barat dan juga Jepun sebagai inisiatif dalam memulihkan ekonomi di Indonesia.

Ekonomi domestik disini dilihat amat mempengaruhi dasar luar Indonesia era Presiden Suharto dimana desakkan kumpulan pendesak “pressure group” terutamanya golongan rakyat yang miskin telah mendesak agar Kerajaan membuat satu revolusi terhadap sistem ekonomi telah menyebabkan pembentukan dasar dalam menjalinkan hubungan dengan barat telah dilaksanakan. Faktor masalah ekonomi yang kritikal telah ditinggalkan oleh pemimpin lalu dan hal ini dilihat telah menjadi tanggungjawab Suharto untuk memperbetulkan keadaaan dan sekaligus untuk menjaga kelangsungan politik beliau. Sebagai contoh semasa pemerintahan Presiden Sukarno, beliau pernah berhasrat untuk mendapatkan pinjaman asing akibat daripada kemelesetan ekonomi Negara. Tetapi beliau dilihat masih lagi memasang cita-cita untuk membuat beberapa pembangunan di Indonesia.[60]

Jelas disini bahawa faktor domestik ini penting dalam menganalisis sesebuah dasar luar. Akan tetapi pengaruh ini saling berkaitan dengan faktor domestik dan sistemik kerana dilihat pengaruh domestik ini turut dipengaruhi oleh faktor idisinkratik dan begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh dalam pemerintahan George W. Bush (senior) di Amerika Syarikat, beliau dilihat mendapat tekanan domestik terutamanya dalam pilihanraya yang bakal dilangsungkan. Oleh sebab pengaruh tekanan dalaman yang kuat maka terbentuknya dasar yang membawa kepada Perang Vietnam dalam mencerminkan kesungguhan beliau dalam menangani permasalahan isu antarabangsa. Seperti juga dasar terhadap Iraq oleh Amerika Syarikat semasa pemerintahan George W. Buah (Junior), setelah peristiwa 11 September yang menyaksikan serangan yang dikatakan didalangi oleh pengganas tersebut dilihat telah membawa Amerika Syarikat dalam merumus dasar “Doktrin Bush” yang bermatlamatkan untuk memerangi keganasan global.

Seperti juga di Malaysia, tekanan parti politik berhaluan kiri atau pembangkang turut banyak mempengaruhi dasar luar Negara Malaysia. Dalam hal ini dianalisiskan bahawa dasar luar kerajaan yang dikuasai oleh BN atau Barisan Nasional dipengaruhi oleh tekanan pembangkang. Seperti dasar status diplomatik Malaysia-Israel yang dilihat mendapat pengaruh Parti Politik seperti PAS atau Parti Islam Se-Malaysia yang memperjuangkan Islam. Malaysia yang dikuasai oleh kepimpinan Parti daripada BN harus akur dengan tuntutan dalam tidak mengiktiraf Negara Israel dalam peta dunia dan seterusnya mengambil tindakan dalam tidak menjalankan sebarang hubungan dengan Negara berkenaan. Tekanan domestik begitu kuat pengaruhnya tetapi tidak dinafikan bahawa pengaruh ini turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti idiosinkratik dan sistemik.

Semasa pemerintahan Presiden Suharto, beberapa hubungan antara Indonesia dengan Negara luar telah dilaksanakan. Sebagai contoh adalah hubungan Indonesia dengan Negara-negara ASEAN,[61] Australia dan Papua New Guinea, Republik Rakyat China, Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Jepun, Negara di Timur Tengah dan Bosnia. Hal ini dilihat pengaruh sistemik terhadap dasar luar Indonesia tetapi turut dipengaruhi oleh pengaruh domestik sebagai contoh mengadakan hubungan dengan Negara kuasa besar kerana tujuan ekonomi, hubungan dengan Negara ASEAN kerana faktor kepentingan keselamatan nasional, hubungan dengan Republik Rakyat China kerana tekanan “exodus”[62] minoriti tionghoa yang meyebabkan ekonomi merudum pada 90-an, hubungan dengan negara Timur Tengah akibat tekanan parti politik Islam seperti Nahdatul Ulama dan lain-lain.

Pelbagai tekanan domestik seperti juga tekanan rakyat terutamanya golongan Mahasiswa bukan sahaja berlangsung semasa era pemerintahan Suharto. Hal ini dilihat jelas semasa pemerintahan Sukarno yang memperlihatkan kebangkitan mahasiswa dalam menumbangkan kerajaan demokrasi terpimpin Sukarno. Akibat daripada perasaan benci dan prejudis terhadap peristiwa Gestapu atau gerakkan 30 September yang didalangi oleh komunis, mahasiswa dilihat berjuang dalam cubaan untuk menghapuskan elemen parti PKI dan ini dilihat berjaya setelah Suharto memegang tampuk pemerintahan pada 1968.[63]

3.4.3 Faktor Sistemik

Daripada aspek Sistemik atau pengaruh sistem antarabangasa pula, semasa kebangkitan Suharto pada 1967 dilihat berlakunya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dimana sistem antarabangsa pada masa itu bersifat bipolar. Persaingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet merupakan pengaruh utama dalam dasar luar Negara-negara dunia terutamanya Negara sedang membangun seperti Indonesia. Dalam hal ini dianalisiskan bahawa,

“A change in the systemic level caused changes in domestic and regional levels”.[64]

Peranan sistem antarabangsa sangat penting dalam menganalisis dasar luar sesebuah Negara dimana sistem antarabangsa dilihat mempengaruhi faktor lain seperti idiosinkratik, domestik dan juga regional dan seterusnya membentuk acuan dasar luar. Dalam hal ini peringkat domestik yang utama dilihat penting dan saling mempengaruhi dengan faktor lain seperti idiosinkratik, domestik dan peringkat serantau. Valerie M. Hudson memperjelaskan mengenai pengaruh faktor sistemik ini dengan mengatakan bahawa;

“The international system is arguably the highest level of abstractions in the study of international politics. Rather than examine nations-state, or dyadic relationships between nations-state, the system level of analysis looks more abstractly at the nature of the system composed of all the nations-states”.[65]

Dalam kajian dasar luar Indonesia era pemerintahan Presiden Suharto, Suharto dilihat menukar pandangan masyarakat dunia mengenai Indonesia yang meyokong Komunisme kepada Indonesia yang condong kepada Barat. Kejayaan Negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura dilihat menjadi Inspirasi kepada dasar luar Indonesia. Kegagalan dalam struktur ekonomi di bawah kepimpinan lalu telah membentuk sebuah dasar yang melibatkan kerjasama serantau yang dilihat lebih menguntungkan. Kepentingan dalam mendapat pengiktirafan dan imej yang positif memperlihatkan Indonesia semasa era Presiden Suharto membaiki status keahliannya dalam PBB.[66]

Hal ini kerana PBB dilihat aktor bukan Negara yang berpengaruh dalam pelbagai aspek yang dilihat perlu bagi Suharto dalam menjalankan hubungan baik dengan Negara-negara anggota PBB. Selain itu, ASEAN yang turut di asaskan secara bersama oleh Indonesia turut banyak mempengaruhi dasar luar Indonesia. Setiap dasar yang dilaksanakan dalam meja rundingan ASEAN dilihat penting dalam dasar luar Indonesia. Sebagai contoh mengenai respon Indonesia terhadap isu Perang Vietnam dan isu Perang Saudara di Kemboja mempengaruhi dasar luar Jakarta. Dalam menjaga imej di peringkat antarabangsa. Indonesia perlu mengubal dasar yang selaras dengan tuntutan sistem antarabangsa.

Dalam analisis James Rosenau mengenai “pre-theory” dilihat dapat menganalisis dasar luar Indonesia dalam pelbagai peringkat yang di jadikan perbincangan. Justeru, “levels of analysis” dilihat penting dalam merungkai teka-teki dasar luar yang dilaksanakan oleh Negara Indonesia. Dasar yang rasional adalah dasar yang dilihat wajar dilaksanakan oleh sesebuah Negara dalam peringkat antarabangsa yang akan menentukan kesan dan akibat di masa akan datang.

Sebagai contoh, persoalan yang sering menjadi perdebatan dalam analisis dasar luar seperti adakah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat adalah sebuah dasar yang rasional sifatnya, dan hal ini akan membentuk fenomena masa depan dimana adakah dasar tersebut gagal atau berjaya atau samada dasar tersebut boleh menyelesaikan permasalahan ataupun menambahkan lagi konflik yang telah kritikal. Percaturan dalam analisis dasar luar merupakan sebuah percaturan yang taktikal yang memerlukan pertimbangan mengenai pelbagai aspek kerana setiap dasar yang dilaksanakan oleh Negara akan membawa hala tuju Negara tersebut di masa hadapan.

Seperti yang telah diperbincangkan dalam faktor idiosinkratik dan faktor demestik, pengharaman parti PKI turut dilihat sebagai kesan daripada pengaruh faktor sistemik. Sistem antarabangsa yang bersifat bipolar telah memperlihatkan Suharto condong kearah pengaruh Barat. Seperti kehendak Amerika Syarikat dengan mendesak Indonesia dalam menghapukan pengaruh komunisme, Indonesia telah melaksanakan beberapa dasar seperti menghapuskan elemen komunisme dalam perlimen, menangkap beberapa pemimpin yang terlibat dalam Gestapu atau kudeta 1965, menjatuhkan hukuman mati keatas golongan masyarakat yang disangka komunis hasil daripada daftar nama yang diserahkan oleh CIA dan lain-lain.[67]

Jelas sekali kuatnya pengaruh Amerika Syarikat melalui CIA dalam mendesak dasar luar Indonesia yang mengikut telunjuknya. Hal ini turut disedari sendiri oleh Sukarno iaitu pada 10 Mac 1965 telah memanggil pemimpin-pemimpin politik ke persidangan di Istana dan beliau memohon agar mereka menandatangani kenyataan bahawa tindakan pelajar adalah revolusi tindak balas yang dipayungi oleh imprealis dan dibiayai oleh CIA. Selain daripada itu, terdapat juga bantuan senjata daripada CIA dan hal ini dikatakan telah mengalakkan lagi pemberontakan dalaman di Indonesia. Menurut Dolf Runturambi;

“Kiriman pertama dari berbagai jenis senjata ringan serta amunisi untuk pasukan infranteri segera dikeluarkan dan dibagi-bagikan. Beberapa pucuk mitraliur anti-pesawat terbang segera dipasang di tempat-tempat strategis di sekitar daerah pelabuhan dan lapangan udara yang sudah ditetapkan sebelumnya. Beberapa kiriman persenjataan tersebut juga tiba beberapa infrastruktur, sehingga latihan-latihan pasukan baru dapat segera dimulai. Pendidikan dan latihan militer dengan memakai senjata…oleh para penasihat dari korps Marinir A.S, dengan latihan tempur dalam satuan kompi dan battalion…dipimpin oleh seorang Mayor AD Filipina (Pour/Moerdani)[68]

Selain itu, Sukarno membuktikan dengan kenyataan mengenai jaket kuning dan hijau yang dipakai oleh pelajar-pelajar Universiti dan Sekolah menegah adalah dibiyai dari luar kerana pelajar itu tidak mampu untuk membelinya atau diseludup oleh Amerika Syarikat dan ahli-ahli dari kedutaan Amerika yang telah menyediakan kepada para penunjuk perasaan dengan bekalan makanan.[69] Perihal ini jelas membincangkan kesinambungan kaitan antara ketiga-tiga faktor dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia era pemerintahan Presiden Suharto yang menjadi andaian asas terhadap kajian.

Selain daripada itu, dasar luar yang dipengaruhi oleh faktor sistemik dapat dilihat dalam perbincangan terhadap persepsi terhadap ancaman asing dan juga konsep kepulauan. Vatikiotis[70] mendapati bahawa dasar luar Indonesia semasa pemerintahan Presiden Suharto dilihat penuh dengan tekanan dalaman dan luaran. Tekanan dalaman disini bermaksud tekanan daripada situasi domestik yang pada mulanya dipengaruhi oleh elemen pengaruh komunis yang masih menebal yang perlu disingkirkan. Tekanan lain adalah seperti suara atau tindakan golongan mahasiswa yang dilihat begitu penting di Indonesia. Segala perilaku aktor politik sering mendapat perhatian golongan mahasiswa untuk dipersoalkan. Selain daripada itu, Order Baru turut dilihat telah mempengaruhi dasar luar Indonesia. Order Baru yang mengantikan Order Lama Sukarno telah membawa rentak baru dalam suasana iklim politik di Indonesia.

Pengaruh luaran pula begitu signifikan semasa era pemerintahan Suharto dimana segala perilaku dasar luar Suharto perlu mengalami pertimbangan keadaan antarabangsa pada ketika itu. Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dilihat menjadi tekanan luaran terhadap dasar luar yang dilaksanakan. Selain daripada itu, organisasi yang bersifat serantau turut sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan Indosesia terutamanya dalam keputusan bersama ASEAN. Dalam analisis Leo Suryadinata telah memperjelaskan dua elemen luaran atau sistemik yang dilihat telah mempengaruhi dasar luar Indonesia iaitu melalui ancaman asing dan konsep kepulauan. Dalam mempelajari atau mengkaji dasar luar Indonesia, terdapat dua faktor yang harus diperhatikan iaitu persepsi terhadap ancaman asing dan kosep kepulauan. Mengenai persepsi ancaman asing, ancaman utama terhadap kestabilan politik di Indonesia lebih tertumpu kepada ancaman faktor luaran.

Selama era pemerintahan Presiden Suharto, ancaman asing yang dimaksudkan berasal daripada negara Timur dan Komunis dan fokus diberikan kepada ancaman daripada Republik Rakyat China atau RRC. Dalam hal ini, RRC dilihat terlah bersekongkol dengan masyarakat di Indonesia terutamanya cina dalam “kudeta 1965”.[71] Justeru, kerajaan melihat bahawa Cina perantauan di Indonesia mempunyai simpati terhadap Komunisme dan membiarkan mereka di manfaatkan sebagai alat Beijing.[72] Dalam hal ini, bantuan daripada RRC kepada PKI di Indonesia telah menyebabkan pentadbiran Suharto telah memandang serong terhadap golongan Cina. Selain daripada itu, desakkan daripada amerika Syarikat melalui CIA turut memberi kesan terhadap hubungan Jakarta-Beijing.

Selain daripada itu juga, dalam rangka memahami dasar luar Indonesia, ancaman seperti ini dipandang oleh para pemimpin harus dijadikan sandaran. Semasa era pemerintahan Presiden Sukarno iaitu sebelum 1965, Sukarno melihat ancaman luaran adalah datangnya daripada Kuasa Barat dan hal ini berubah setelah Suharto memegang kerajaan Indonesia pada 1967. Suharto dilihat telah memutuskan hubungan dengan Beijing dan hal ini memperlihatkan ketegasan dasar luar Suharto dalam menyekat pengaruh Komunisme yang dibawa oleh pemimpin lepas.

Akan tetapi, apa yang dikatakan tadi sebagai dasar Suharto yang tidak Komprehensif iaitu pada 1989 Presiden Suharto telah mengumumkan proses normalisasi dengan Beijing. Pengumuman ini dilihat memperolehi perhatian yang luar biasa dari media massa Indonesia. Dalam hal ini, isu keamanan sekali lagi dilihat menjadi dasar ketidaksepakatan terhadap “normalisasi dini” atau “early normalization”.[73] Ketidaksepakatan ini disebabkan oleh terdapat segelintir gologan elit seperti menteri dan pemimpin di Indonesia yang masih mengandaikan Republik Rakyat China sebagai berbahaya kerana sejarah lampau yang mencerminkan tindak tanduk agresif RRC. Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang catatan yang mengatakan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan RRC diluar negara-negara perbatasan dengannya.

Selain perepsi ancaman asing yang dikemukakan, persepsi mengenai posisi Indonesia sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak kepulauan turut dipertimbangkan seperti usaha dalam membebaskan Irian Barat sebagai Wilayah Indonesia. Terdapat banyak lagi kekangan dan cabaran yang telah mempengaruhi dasar luar Indonesia yang melibatkan isu kepulauan.

Indonesia terdiri daripada lebih 13,000 pulau yang dipisahkan oleh lautan dan hal ini adalah penting bagi kerajaan Indonesia dalam mengawal wilayah maritimnya. Mochtar Kusumatmadja iaitu seorang professor dalam jurusan Undang-Undang dan mantan Menteri Luar Negeri Indonesia berpendapat bahawa kerana masalah politik dan keamananlah yang menyebabkan pemerintah Indonesia memperkenalkan “konsep Nusantara” atau “archipelago concept” pada 1957. Perihal ancaman asing dan kepulaun ini boeh dideinsikan sebagai ancaman faktor luaran terhadap pembentukan dasar luar Indonesia semasa era pemerintahan Suharto.[74]

3.5 Kesimpulan

Jelas disini bahawa terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi sesebuah keputusan dasar luar. Dalam kes Indonesia, dasar luar ini telah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti idiosinkratik, domestik dan faktor sistemik. Tambahan, ketiga-tiga faktor ini amat penting dalam mempengaruhi dasar luar yang penting dalam membentuk acuan hala tuju sebuah negara dalam sistem antarabangsa.



[1] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 46-48.

[2] Ibid.

[3] Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. (2006). Politik Dan Pemerintahan Negara. Kuala Lumpur; Thompson Learning. hlm. 205

[4] A.J.R. Groom & Glodstein. (1996). International Relations. New York: Harper Collins, hlm. 93-94.

[5] Self-help- merupakan konsep yang merujuk kepada sebuah keadaan dalam sistem antarabangsa dimana Negara perlu berdiri dengan sendiri dalam menghadapi ancaman luaran yang boleh menganggu gugat kestabilan politik domestik, rujuk juga Baylis, John & Smith, Steve. 2005. The Globalization of World Politics: An introduction to international relations, 3rd Edition, New York: Oxford University Press. Baylis merujuk konsep “self-help” sebagai, “no others state or institution can be relied upon to guarantee your survival. In international politics, the structure of the system does not permit friendship, trust, and honour; only a perennial conditions of uncertainly generated by the absence of a global government. Coexistence is achieved through the meintanence of the balance of power, and limited cooperations is possible in interactions where the realist state stands to gain more than others state”. Selain itu, konsp yang diperbincangkan oleh Kenneth Waltz dalam karyanya “Theory of Interntional Politics” (1979) ini juga mendapat kritikan yang menyatakan bahawa, “self-help is not an inecitable consequence of the absence of a world government; self-help is a logic that states have selected. Moreover, there are historical and contemporary examples where states have preferred collective security system, or forms or regional security communities, in preferrece to self-help”.

[6] John Spanier & Uric M Uslaner. (1994). American Foreign Policy Making and the Democratic Dilemmas. New York: Macmillan, hlm 19.

[7] Graham Evans & Jeffrey Newnham. (1998). Penguin Dictionary of International Relations. London: Penguin Book. hlm. 179.

[8] Level of analysis- teori yang didukung oleh Kenneth Waltz mengenai kajian peringkat state, individu dan sistem antarabangsa.

[9] Michel Brecher dan Jonathan Wilkenfeld dalam “Brecher and Wilkenfeld: the question of quantitative versus qualitative integration” telah membincangkan mengenai kepentingan factor domesik dan sistemik dalam kajian analisis dasar luar. beliau telah mengaitkan dengan penulisan beliau dalam “The Foreign Policy System of Israel (1972). Dipetik daripada Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm. 169-173.

[10] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 47.

[11] National power capability turut diperbincangkan oleh Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 13-16. Suryadinata mengenegahkan mengenai kepentingan keupayaan atau “kapabilitas” dalam agenda politik dasar luar Negara Indonesia. Dalam hal ini timbul persoalan iaitu, “Apakah Indonesia mampu menjalankan visi pemimpin?” dan “dapatkah Indonesia benar-benar memimpin” hal ini merupakan gambaran mengenai keupayaan Indonesia dalam maksud lainnya ekonomi, ketenteraan dan politik memerlukan sejumlah jawaban.

[12] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 48.

[13] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 60.

[14] Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm. 23.

[15] Baylis, John & Smith, Steve. 2005, The Globalization of World Politics: An introduction to international relations, 3rd Edition, New York: Oxford University Press. hlm. 333.

[16] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 47.

[17] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 48.

[18] K. Ramanathan. (1992), Asas Sains Politik, Edisi Kedua, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 107-108.

[19] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 49-50.

[20] Ibid.

[21] Ibid, hlm. 50-52.

[22] Ibid, hlm. 52-54.

[23] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 5. Rujuk juga, Dahim, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 319-330.

[24] Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnic Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. hal. 4. Lihat juga, Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 34.

[25] Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. hlm. 50-52.

[26] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 3.

[27] Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm. 37.

[28]Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

hlm. 4.

[29] Ibid.

[30] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 320.

[31] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 333-336.

[32] Berikut senarai Kabinet Pembangunan dalam penulisan Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 334. ; pertahanan dan keselamatan, Jeneral Suharto; hal-ehwal dalam negeri, Adam malik, keadilan, Profesor Oemar Seno Adji, penerangan, Timbalan Marsyal Udara Budiarjo, kewangan, Profesor Ali Wadhana; perdagangan, Profesor Sumitro Djojohadikusumo; pertanian, Profesor Tojib Hadiwidjaja; perusahaan,Mejar Jeneral Mohammad Jusuf; galian, Profesor Sumatri Brodjonegoro; kerja raya dan eletrik, Dr. Sutami, komunikasi, Dr. Frans Seda, pendidikan dan budaya, En. Mashuri, kesihatan, Profesor G.A Siwabessy, kebajikan agama; kiai hadji Mohammad Dahlan, tenaga manusia, Laksamana Muda Mussalin, kebajikan social, Dr. A.M. Tambunan, migrasi penduduk dan kerjasama, Leftenan Jeneral M. Sarbini, menteri tak berportfolio; Sultan Hamengkubowono IX, Kiyai Haadji, Dr. Idham Chalid, Harsono Tjokroaminoto, Professor Soenawar Soekowati, M. Mintatedja.

[33] Dahm, Bernhad. (1988), Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 320.

[34] Joseph Chingyong Liow. (2005), The Politics Of Indonesia-Malaysia; One Kin, Two Nations. London And New York: Routledge Curzon. hlm. 109-112. Rujuk juga, Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm. 51-56. Selain itu, konfrontasi juga dijelaskan dengan mendalam oleh Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors sdn bhd. hlm. 147-161.

[35] “The Tunku’s address to Parliament”, 5 December 1962, 39/87/2, DO 169/74, PRO yang dipetik daripada Joseph Chingyong Liow. (2005), The Politics Of Indonesia-Malaysia; One Kin, Two Nations. London And New York: Routledge Curzon. hlm. 81.

[36] R.S Milne & Diane K. Mauzy. (1999), Malaysian Politics Under Mahathir. London: Routledge, hlm. 139.

[37] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 322.

[38] Konsep abangan-santri-priyayi di Jawa ditampilkan secara lengkap dalam karya klasik Clifford Geertz iaitu “The Religion of Java” (New York:Free Press,1965). Konsep ini mendapat banyak kritikan daripada ahli akademik. Sebagai contoh, konsep “priyayi” atau bangsawan atau kelas pejabat adalah merupakan kategori social tetapi bukannya kategori religious atau keagamaan. Terdapat pandangan lain yang mengaitkannya dengan sebuah Konsep kuno kerana pembahagian ini tidak jelas. Walaubagaimanapun, pembahagian kelas ini tidak hilang begitu sahaja meskipun abangan kini telah dilihat lebih bersifat Islam. Lihat juga Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 21-22.

[39] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 21-22.

[40] Ibid.

[41] Ibid.

[42] Ibid.

[43] Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd. hlm. 24.

[44] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 23.

[45] Politik di Malaysia didominasi oleh kekangan Melayu yang beragama Islam. Jelas disini bahawa dua buah Parti Politik di Malaysia iaitu UMNO atau “United Malays National Organization” dan PAS atau Parti Islam Se Malaysia telah saling mempengaruhi untuk memenangkan kepentingan Islam. Dasar luar Malaysia terhadap isu Negara di Timur Tengah dianalisis sebagai tekanan daripada PAS terhadap UMNO dan sebagai usaha untuk menjamin kelangsungan UMNO, mereka dilihat berpihak dengan PAS untuk membangkitkan beberapa isu di Negara Timur Tengah seperti isu Palestin, isu di Iraq, Iran, Lubnan, dan lain-lain.

[46] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 24.

[47]Ibid, hlm. 47

[48]Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 24

[49]Ibid, hlm. 48

[50]Ibid.

[51]Ibid.

[52] Konsep ini pertama kali diperkembangkan oleh Ben Anderson dalam bukunya, “The Idea of Power in Javanese Culture”, dalam Claire Holt et all. Hlm, 1-69, khususnya hlm, 22, 36-38. Konsep ini digunakn oleh beberapa orang penulis iaitu antara lainya seperti Hamish McDonald dalam “Suharto’s Indonesia (Fotana/Collins, 19880), hlm, 112-142; dan David Jenkins, “Suharto and his Generals” (Itacha: Cornell University, 1956). Selain daripada itu, penulisan Leo Suryadinata (1998), iaitu “Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto”. Jakarta; Pustaka LP3ES turut menyentuh mengenai hal yang sama pada hlm, 24-25.

[53] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 25.

[54] Rujuk bab satu mengenai “keperibadian Suharto”. Selain itu, lihat penulisan Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 46. Mengenai “Presiden Suharto dan Kebudayaan Jawa”.

[55] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 26-27.

[56] Daripada 11 Perdana Menteri yang pernah berkuasa sebelum Sukarno memperkenalkan sistem Demokrasi Terpimpin, terdapat tiga orang yang paling menonjol iaitu Sultan Sjahir dan Mohammad Hatta. Kedua-duanya adalah daripada Parti Sosialis Indonesia “PSI”. Meskipun demikian, terdapat golongan nasionalis Islam seperti Mohammad Natsir, Dr. Sukiman dan Burhanuddin Harapah yang menjadi Perdana Menteri tetapi mereka hanya bertugas dalam tempoh yang singkat dan tidak berpeluang untuk lebih mempengaruhi dan mewarnai dasar luar Indonesia. Sukiman dilihat cuba untuk membentuk pakatan dengan Amerika Syarikat telah dipaksa untuk meletakkan jawatan. Perihal ini mencerminkan pengaruh yang kuat daripada nasionalisme Indonesia era Sukarno. Selain daripada itu, terdapat 14 Menteri Luar Negeri sejak Indonesia mendapat kemerdekaan daripada jajahan belanda. Di antaranya Sjahir dan Hatta. Tiga Menteri Luar era awal Indonesia dilihat lebih menekankan pendekatan Islam dalam dasar luar. Mereka adalah Ahmad Subardjo iaitu bekas peguam, Haji Agus Salim bekas wartawan, dan Moh. Roem iaitu bekas peguam. Mereka ini dilihat tidak lebih kepada pendekatan Islam tetapi dilihat tidak menganjurkan agar dasar luar Indonesia berlandaskan Islam. Ini kerana obsesi Indonesia terhadap nasionalisme dan persatuan nasional. Lihat, Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 26-27.

[57] Seorang ahli politik veteran dan juga seorang wartawan yang terkemuka dan juga seorang angota Murba “Parti Proletar Indonesia”.

[58] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 27.

[59] Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm. 3.

[60] Hutang Indonesia dianggarkan sebanyak 2,5999 juta dolar tetapi Sukarno masih lagi mahu untuk bercadang membina “masjid terbesar dalam dunia di Jakarta” dan lebuh raya terpanjang dalam dunia antara Sumatera Utara ke Irian Barat. Perihal ini menyebabkan Adinegoro sebagai ketua khidmat akhbar yang lama di Indonesia membuat kenyataan bahawa Presiden Sukarno telah diserang penyakit “megalomania” atau gila. Lihat, Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.324-325.

[61] Hubungan Indonesia dengan Negara ASEAN terutamanya Malaysia, Singapura, Thailand, Laos, Myanmar, Vietnam, Brunei Darussalam, Filipina, dan Kemboja. Rujuk, Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Lihat juga, Dewi Fortuna Anwar. (1994), Indonesia in ASEAN, Foreign Policy and Regionalism, New York: St Martin’s Press.

[62] Exodus bermaksud penghijrahan beramai-ramai kelompok manusia dari sebuah kawasan ke kawasan lain Akibat daripada penindasan domestic. Exodus etnik tionghoa di China dilihat sebagai tekanan yang hebat kepada politik domestik di Indonesia. Hal ini kerana minoriti masyarakat Cina ini dikatakan sumber kepada pembangunan golongan ekonomi. Masyarakat cina juga dikatakan memegang 905 daripada ekonomi di Indonesia era pemerintahan Suharto. Leo Suryadinata mempebincangkan dengan lebih terperinci mengenai exodus tionghoa ini dalam jurnal penulisan beliau iaitu The Ethnic Chinese Issue and National Integration inIndonesia” dan buku belia iaitu Suryadinata, Leo. (2002), Negara dan Etnis Tionghoa: Kasus Indonesia, Pustaka LP3ES: Indonesia.

[63] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 322-333.

[64] Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm. 1

[65] Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm. 153.

[66] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 322.

[67] Dahm, Bernhad. (1988), Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 332.

[68] Dipetik daripada Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto. Jakarta: Hasta Mitra. hlm. 24.

[69] Dahm, Bernhad. (1988), Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 318.

[70] Michael R.J. Vatikiotis. (1993), Indonesia Politics under Suharto: Order, Development, and pressure for change, London: Routledge.

[71] Gerakan 30 September atau yang disingkat G 30 S PKI, G-30S/PKI, Gestapu (Gerakan September Tiga Puluh), Gestok (Gerakan Satu Oktober) adalah sebuah peristiwa yang terjadi pada tanggal 30 September 1965 di mana enam pejabat tinggi militer Indonesia beserta beberapa orang lainnya dibunuh dalam suatu usaha pemberontakan yang disebut sebagai usaha kudeta yang dituduhkan kepada anggota PKI. Lihat juga, Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra. hal. 75-144. Lihat, Dahim, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 226.

[72] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 16.

[73] Ibid, hlm. 17.

[74] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 17.

No comments:

Post a Comment