Go HoME

Monday 30 November 2009

BAB 4

KESIMPULAN

Terdapat dua proposisi kajian dalam penulisan ini iaitu yang pertama adalah “Idiosinkratik merupakan faktor utama yang mempengaruhi dasar luar Indonesia” dan proposisi kedua adalah “faktor lain seperti domestik dan sistemik turut mempengaruhi dasar luar Indonesia era pemerintahan Suharto”. Andaian asas ini didapati bertepatan dalam semua keadaan.

Dalam hal ini, andaian asas atau proposisi pertama kajian ini yang menyatakan bahawa Ideosinkratik merupakan faktor yang mempengaruhi dasar luar Indonesia didapati adalah bertepatan dengan analisis yang telah dibuat. Walaubagaimanapun, idiosinkratik ini hanya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dasar luar Indonesia. Dasar luar dan politik Indonesia semasa era pemerintahan Suharto iaitu daripada 1967-1998 kompleks sifatnya.

Dasar luar yang dianalisis tidak hanya bergantung kepada faktor idiosinkratik tetapi mempunyai hubungan dengan faktor lain seperti faktor domestik dan sistemik dimana terdapat saling perkaitan antara ketiga-tiga faktor tersebut. Analisis dasar luar yang dilihat berjaya mengaitkan andaian asas atau proposisi kajian mengenai persoalan yang cuba dijawab. Sebagai contoh, idiosinkratik dilihat jelas merupakan di antara faktor yang mempengaruhi dasar luar Indonesia terutamanya semasa pemerintahan Presiden Suharto yang dilihat jelas mempunyai dasar yang condong kepada kepentingan Suharto dan sekutunya.

Sebagai contoh, dasar yang dilaksanakan oleh Presiden Suharto dalam menjaga hubungan serantau melalui penamatan konfrontasi[1] dengan Malaysia dan dalam merangka Order Baru dilihat sebagai sebuah keputusan yang bersifat Idiosinkratik. Keputusan ini dibuat sebaik sahaja beliau mula menerajui kepimpinan Indonesia. Keputusan ideosinkratik dilihat penting dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia pada era Presiden Suharto. Dasar luar yang dilaksanakan oleh Presiden Suharto mencerminkan perbezaan yang jelas dengan Presiden sebelumnya. Dalam hal ini;

“The elite perceptions and idiosyncratic influenced their foreign policy decisions and their position in a bipolar world. Idiosyncratic factors, i.e. presiden Sukarno and Presiden Suharto played important roles in contributing to the change of foreign policy in Indonesia before and after 1965”.[2]

Dasar luar Indonesia yang dikatakan dipengaruhi faktor Ideosinkratik turut di sokong oleh kajian-kajian lepas seperti kajian daripada Leo Suryadinata yang mengatakan bahawa,

“Selain karya Wikilson dan Scheinman, kayra James Rosenau, Scientific Study of Foreign Policy[3]juga berguna. Saya, khususnya tertarik pada faktor “Idiosinkratik” (idiosyncratic) yaitu faktor keperibadian dalam politik luar negeri, yang penting untuk pemahaman yang mendalam mengenai politik luar negeri Soeharto”.[4]

Justeru, hal ini jelas membuktikan bahawa faktor Idiosinkratik adalah bertepatan dalam mempengaruhi dasar luar negara Indonesia selaras dengan kajian ini. Akan tetapi seperti yang diperbincangkan bahawa faktor Ideosinkratik ini tidak berdiri dengan sendiri. Faktor idiosinkratik ini disokong oleh faktor domestik dan sistemik dalam membentuk sesebuah dasar luar. Sebagai contoh yang jelas adalah semasa awal pemerintahan Suharto. Semasa awal pemerintahannya dilihat Suharto sebagai Presiden bertindak sebagai individu yang berkuasa dalam membentuk dasar luar Indonesia seperti menghapuskan elemen Komunisme dalam masyarakat di Indonesia.

Namun, keputusan yang beliau laksanakan bukanlah keputusan individu semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh faktor domestik. Faktor domestik atau dalaman pada masa itu amat kuat pengaruhnya. Sebelum Suharto menjadi Presiden lagi, Mahasiswa telah mula menunjukkan taringnya dalam membentuk demonstrasi anti-PKI pada 25 Oktober 1964 dimana mereka telah menubuhkan “Barisan Bertindak” yang dikenali sebagai “KAMI” atau Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia yang bertujuan untuk membantu tentera dalam melawan “Gestapu” dan yang berkaitan dengannya.[5]

Perihal ini telah mencerminkan bahawa rakyat telah mula menolak ideologi beasaskan Komunisme dan hal ini telah mendapat perhatian Presiden Suharto dan akibat daripada tekanan domestik tersebut Suharto mengambil langkah awal semasa pemerintahannya untuk mangharamkan parti PKI.[6] PKI diharamkan sebagai satu altenatif untuk meneruskan perjuangan menentang feudalism.

Selain daripada faktor domestik juga, terdapat faktor “Regional” atau serantau terutamanya dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia era Presiden Suharto. Hal ini jelas terbukti bahawa Malaysia yang dilihat sebagai musuh semasa pemerintahan Presiden Sukarno telah berubah menjadi Sahabat semasa pemerintahan Suharto. Mengenai hubungan Indonesia dengan ASEAN menurut Dewi Fortuna Anwar;

“Amongst the puzzles that need to be answered are the seeming contradictions in Indonesian policy towards ASEAN. Indonesia’s support for the association has been seen as one of keys for ASEAN’s success, yet the former has also been blamed for the latter’s lack of progress, particularly in economic field”.[7]

Dasar dalam menjaga kestabilan serantau dilihat amat penting dalam dasar luar Presiden Suharto turut mempengaruhi tidak tanduk pembentukan dasar Indonesia. Dalam pada masa yang sama, semasa awal pemerintahan Presiden Suharto pada 1967, Menteri Luar Negeri iaitu Adam Malik mula membentuk hubungan yang sulit dengan pegawai-pegawai Malaysia. Sebuah perwakilan telah dihantar ke Kuala Lumpur pada bulan Mei dan pada waktu yang sama perbincangan bermula di Bangkok, Thailand antara Adam Malik dan Tun Abdul Razak, sehinggalah mancapai kesimpulan damai secara rasmi di Jakarta pada 11 Ogos.[8]

Faktor sistemik pula tidak kurang pengaruhnya dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia dan berkaitan dan bersangkutan dengan faktor Regional, domestik dan idiosinkratik. Faktor sistemik khususnya tekanan daripada Amerika Syarikat dilihat jelas sebelum dan semasa pemerintahan Suharto sebelum pemerintahan Suharto lagi, Amerika Syarikat melalui CIA telah membantu Indonesia dalam menggulingkan Sukarno yang dilihat pro-Komunisme. Hal ini turut disedari sendiri oleh Sukarno iaitu pada 10 Mac 1965 telah memanggil pemimpin-pemimpin politik ke persidangan di Istana dan beliau memohon agar mereka menandatangani kenyataan bahawa tindakan pelajar adalah revolusi tindak balas yang dipayungi oleh Imprealis dan dibiayai oleh CIA.[9]

Beliau membuktikan dengan kenyataan mengenai jaket kuning dan hijau yang dipakai oleh pelajar-pelajar universiti dan sekolah menegah adalah dibiyai dari luar kerana pelajar itu tidak mampu untuk membelinya atau diseludup oleh Amerika Syarikat dan ahli-ahli dari kedutaan Amerika Syarikat yang telah menyediakan kepada para penunjuk perasaan dengan bekalan makanan.[10] Perihal ini jelas membincangkan kesinambungan kaitan antara ketiga-tiga faktor dalam mempengaruhi dasar luar Indonesia era pemerintahan Presiden Suharto yang menjadi andaian asas terhadap kajian.

Secara tuntasnya, kajian ini adalah mengenai analisis dasar luar Indonesia era pemerintahan Presiden Suharto iaitu pada 1967-1998. Penulisan ini menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan mengaitkannya dengan andaian asas yang digunakan dalam membantu penulisan ini. Jelas dalam penulisan ini bahawa dasar-dasar luar Negara Indonesia semasa pemerintahan Presiden Suharto dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti idiosinkratik, domestik dan sistemik dan selaras dengan teori “pre-theory” Rosenau. Akan tetapi, seperti yang dikemukakan dalam persoalan kajian dimana sejauhmanakah faktor dasar luar Negara sedang membangun khususnya Indonesia telah dirungkai dan mendapati bahawa andaian asas kajian didapati benar dalam semua keadaan dimana ketiga-tiga faktor yang dikemukakan oleh Rosenau berjaya dalam merungkai faktor yang mempengaruhi dasar luar Indonesia kecuali beberapa faktor lain seperti “Governmental” dan “Role Variable” yang dilihat masih lagi lemah di Negara sedang membangun seperti Indonesia.

RUJUKAN

A.E. Priyono, Stanley Adi Prasetyo dan Olle Tornquist. (2003), Gerakan Demokrasi di Indonesia Pasca-Soeharto, Jakarta: Demos.

Anthony L. Smith. (2000), Pacific Strategies Papers: Strategic Centrality Indonesia’s Changing Role in ASEAN, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Anwar, Dewi Fortuna. (1994), Indonesia in ASEAN: Foreign Policy and Regionalism. New York: St Martin’s Press.

Anwar, Dewi Fortuna. (2000), Strategi Kebijakan Luar Negeri Indonesia dalam Menghadapi Perkembangan Dinamika Global dan Internel, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

A.J.R. Groom & Glodstein. (1996), International Relations. New York: Harper Collins.

Amir, Zainal Abidin. (2004), Peta Islam Politik: Pasca-Soeharto. Jakarta: Pustaka LP3ES.

Bourchier, David and Vedi R. Hadiz. (2003), Indonesian Politics and Society: A reader, London and New York: Routledge Curzon Taylor and Francis group.

Baylis, John & Smith, Steve. 2005, The Globalization of World Politics: An introduction to international relations, 3rd Edition, New York: Oxford University Press.

Brown, C., (2003), A Short History of Indonesia: the unlikely nation?, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd.

Burke, Anthony. (2007), Beyond Security, Ethics and Violences; War Againts The Others. London and New York: Routledge.

Cribb, R., & Brown, C., (1995), Modern Indonesia: A History Since 1945, London & New York: Longman.

Dahm, Bernhad. (1988), Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Felix E. Oppenhem. (2002), Foreign Policy, Rationality and Morality. London and New York: Blackwell Publisher Ltd.

Harold Crouch. (1978), The Army and Politics in Indonesia. Itacha: Cornell University Press.

Harsutejo. (2004), G30S: Sejarah yang digelapkan tangan berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra.

Huksen, Frans & Huub De Jong. (2004), Orde Zonder Order: Kekerasan dan Dendam di Indonesia 1965-1998, Yogyakarta; LKis.

Hill, Hal. (1994), Indonesia’s New Order: The Dynamics of Socio-Economic Transformation, Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd.

John Spanier & Uric M Uslaner. (1994), American Foreign Policy Making and the Democratic Dilemmas. New York: Macmillan.

Joseph Chingyong Liow. (2005), The Politics Of Indonesia-Malaysia; One Kin, Two Nations. London And New York: Routledge Curzon.

K. Ramanathan. (1992), Asas Sains Politik, 2nd ED. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Karl W. Deutch. 1988, The analysis of International Relations. 3rd ED. Englewood Clirfs. NJ: Prentice Hall.

Lloyd, Grayson and Smith, Shannon. (2001), Indonesia Today: Challenges of history, Indonesia Assessment series research school of pacific and Asian studies the Australian National University.

Michael R.J. Vatikiotis. (1993), Indonesia Politics under Suharto: Order, Development, and pressure for change, London: Routledge.

Mingguan Malaysia (Malaysia), 25th Mei 2008, “Reformasi Indonesia sia-sia?”.

Muhammad, Mokhtar. (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konsep & Konteks, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.

M. C. Ricklefs. (2001), A History of Modern Indonesia Since c.1200, 3rd ED. New York: Palgrave.

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. (2006), Politik Dan Pemerintahan Negara. Kuala Lumpur: Thompson Learning.

Philpott, Simon. (2000), Meruntuhkan Indonesia, Politik Postkolonial dan Otoritarianisme, Yogyakarta: LKiS.

Rosenau J. N. (1999), The Future of politics, USA: George Washington University, Elsevier Science Ltd.

Rosenau J. N. (1966), International Politics and Foreign policy, New York: Nicholas publishing company.

R.S Milne & Diane K. Mauzy. (1999), Malaysian Politics Under Mahathir. London: Routledge,

Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES.

Suryadinata, Leo. (2002), Negara dan Etnis Tionghoa: Kasus Indonesia, Jakarta: Pustaka LP3ES.

Suryadinata, Leo. (1999), The Ethnic Chinese Issue and National Integration in Indonesia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Schwarz, Adam. (1994), A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s, Jakarta: Sydney: Allen & Unwin Pty Ltd.

Valerie M. Hudson. (2007), Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory. New York: Rowman and Littlefield. hlm.

Webber, Mark and Smith, Michael. (2002), Foreign Policy in a Transformed world, United Kingdom: Pearson Education Limited.

Weistein Franklin B. (1979), Indonesia Foreign Policy and the Dilemma of Dependence from Sukarno to Sueharto, Ithaca and London: Cornell University Press.

Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Yazid, Mohd Noor. (2000), Ideological And Territorial Factors In The Indonesia-Malaysia Confrontations 1963-1966. Asian Profile, vol. 28, no 4, August 2000.

Zainal Abidin Amir. (2003), Peta Islam Politik; Pasca- Soeharto. Indonesia: Pustaka LP3ES.

Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors sdn bhd.

www.gimonca.com. “Orde Baru, The Suharto Years: 1965-1998”. 05 Mei 2009.

www.moreorless.au.com. “Heroes and Killers of the 20th Century”. 05 Mei 2009.

http://www.embassyofindonesia.org/foreign/foreignpolicy.htm. 19 April 2009. Embassy of The Republic of Indonesia Washington DC yang bertajuk“Indonesia’sForeignPolicy/ThePrinciplesofTheForeign policy”.

LAMPIRAN A

4.jpg

Sumber: “Gambar Suharto” Dipetik daripada http://pantjasurya.files.wordpress.com/2008/11/suharto.jpg.

10 May 2009.

LAMPIRAN B

6.jpg

S

Sumber: “Suharto dan Keluarganya” . Dipetik daripada http://img525.imageshack.us/img525/462/be060704jr3.jpg

10 May 2009

LAMPIRAN C

William_cohen_with_suharto 4.jpg

Sumber: “Suharto bersama Wiliam Cohen”. Dipetik daripada,

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/47/William_cohen_with_suharto.jpg.

10 May. 2009

LAMPIRAN D

65Gestapu8.jpg

Sumber: “Peristiwa Gerakkan 30 September” atau Gestapu. Dipetik daripada,

http://www.indonesia-pusaka.com/Pusaka%20images/65Gestapu.jpg.

10 May 2009

LAMPIRAN E

9.jpg

Sumber: “Peta Indonesia”. Dipetik daripada

http://www.sukarno-years.net/hartono/images/maps/indonesiacia2002.jpg.

10 May 2009

LAMPIRAN F

memcon7.jpg

Sumber: “Memorandum of Conversation Between President Richard Nixon and Suharto, May 26,1970”. Dipetik daripada, http://www.gwu.edu/~nsarchiv/NSAEBB/NSAEBB242/memcon.jpg.

10 May 2009

LAMPIRAN G

IMG_0003

IMG_0002

BIODATA PENULIS

Murdani bin Solo dilahirkan di Petra Jaya, Kuching, Sarawak pada tanggal 17hb Julai 1986. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya di Kota Kinabalu (1993-1995), Sabah kemudiannya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gersik di Kuching Sarawak (1995-1998). Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg (1999-2005). Selepas itu beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah (2006-2009). Kini beliau merupakan pelajar tahun akhir dalam Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.



[1] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 56.

[2] Yazid, Mohd Noor. (2007), Hegemonic powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations during the Cold War, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm. 3-4.

[3] Rosenau, James, N., (1980), The Scientific Study of Foreign Policy (revised and enlarged edition), New York; Nicholas Publishing Co.

[4] Suryadinata, Leo. (1998), Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta; Pustaka LP3ES. hlm. 3.

[5] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 314-318.

[6] Ibid, hlm. 319.

[7] Dewi Fortuna Anwar. (1994), Indonesia in ASEAN: Foreign Policy and Regionalism. New York: St Martin’s Press. hlm. 7.

[8] Dahm, Bernhad. (1988). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 320.

[9] Ibid. hlm. 318.

[10] Ibid.

No comments:

Post a Comment